Download Print this page

Philips RQ1295/16 User Manual page 77

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahaya
-
Pastikan penyesuai sentiasa kering.
Amaran
-
Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk
menggantinya dengan plag yang lain, kerana ini akan menyebabkan
keadaan berbahaya.
-
Pencukur, sistem Pembersih Jet dan dirian pengecasan ini tidak
dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak)
yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi
pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak
bermain dengan pencukur, sistem Pembersih Jet dan dirian pengecasan.
-
Setiap kali anda hendak membersihkan pencukur di bawah paip,
pastikan plagnya telah ditanggalkan.
Awas
-
Jangan sekali-kali merendam sistem Pembersih Jet ini atau dirian
pengecasan di dalam air ataupun membilasnya di bawah paip.
-
Jangan sekali-kali gunakan air yang lebih panas daripada 80°C untuk
membilas pencukur tersebut.
-
Jangan gunakan pencukur, sistem Pembersih Jet, penyesuai, dirian
pengecasan atau mana-mana bahagian jika ia rosak, kerana ini akan
menyebabkan kecederaan. Anda hendaklah mengganti penyesuai, dirian
pengecasan atau bahagian yang rosak dengan jenis yang asli setiap kali.
-
Hanya gunakan sistem Pembersih Jet dengan larutan Pembersih Jet
HQ200 yang asli.
-
Anda hendaklah setiap kali meletakkan sistem Pembersih Jet di
atas permukaan yang stabil, rata dan mendatar untuk mengelakkan
kebocoran.
-
Apabila sistem Pembersih Jet telah sedia untuk digunakan, jangan
alihkannya untuk mengelakkan kebocoran cecair pembersih.
-
Sistem Pembersih Jet membersih dengan menyeluruh tetapi tidak akan
menyahkuman pencukur anda, oleh itu jangan kongsi pencukur anda
dengan orang lain.
-
Jangan sekali-kali gunakan udara termampat, pad penyental, agen
pembersih yang melelas atau cecair yang agresif seperti alkohol atau
aseton untuk membersihkan perkakas.
-
Air mungkin bocor keluar daripada soket di bahagian bawah pencukur
ketika anda membilasnya. Ini adalah normal dan tidak merbahaya kerana
semua bahagian elektronik dilindungi di dalam unit kuasa yang kedap di
dalam pencukur.
BAHASA MELAYU
77

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Rq1200 seriesRq1295/21Rq1295/23