Download Print this page

Philips GC6510/07 Manual page 34

Hide thumbs Also See for GC6510/07:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BahaSa MElayu
34
6
Tekan pencetus stim dan biarkan ia ditekan semasa anda menyeterika dengan stim (Gamb. 5).
Petua: Jika anda hendak meletakkan seterika semasa menyeterika, letakkan ia pada tumitnya.
Nota: Jika anda tidak menggunakan fungsi stim buat beberapa waktu, stim yang ada dalam hos bekalan
telah memeluwap menjadi air. Apabila anda memulakan penyeterikaan stim semula, ini boleh
menyebabkan perkakas berdetus sedikit dan beberapa titisan air keluar dari tapak platnya.
Nota: Untuk mengelakkan titisan air daripada terjatuh ke atas pakaian anda, pegang seterika di atas
kain buruk dan tekan pencetus stim sehingga penghasilan stim telah kembali biasa sebelum anda
memulakan semula penyeterikaan stim.
Fungsi kunci stim
Kunci stim membolehkan anda menyeterika menggunakan stim tanpa henti tanpa perlu menekan
pencetus stim secara berterusan.
1
Untuk menyeterika dengan stim tanpa henti, luncurkan kunci stim pada kedudukan
'ON' (Gamb. 9).
-
Untuk menghentikan penyeterikaan stim, luncurkan kunci stim kepada 'OFF', kini seterika akan
hanya mengeluarkan stim apabila anda menekan pencetus stim.
Penyeterikaan tanpa stim
1
Tetapkan suhu penyeterikaan yang diperlukan (lihat bab 'Bersedia untuk menggunakannya').
2
Menyeterika tanpa menekan pencetus stim.
Sedikit stim terlepas jika anda tertekan pencetus stim secara tidak sengaja semasa anda
,
menyeterika.
Jika tangki stim kosong atau belum dipanaskan lagi, anda mendengar bunyi klik di dalam tangki
,
stim. Ini terjadi apabila injap stim terbuka dan ia tidak merbahaya langsung.
Ciri
Penyeterikaan stim secara menegak
Anda juga boleh menyeterika dengan stim apabila anda memegang seterika dalam kedudukan
menegak. Ini berguna untuk menghilangkan kedutan daripada pakaian yang bergantung (cth. jaket, sut
dan kot), langsir, dll.
1
Pegang seterika dalam kedudukan menegak dan tekan pencetus stim (Gamb. 10).
Jangan sekali-kali menghalakan stim kepada orang.
Pancutan stim (GC6540 sahaja)
Semasa penyeterikaan stim, anda boleh menggunakan fungsi pancutan stim untuk menghilangkan
kedutan yang degil.
1
Tetapkan tombol suhu pada tetapan antara3 dan MAX.
2
Tekan butang pancutan stim. (Gamb. 11)
Nota: Gunakan fungsi pancutan stim berselang-selang. Jika titisan air keluar daripada plat tapak, biarkan
seterika memanas selama sekurang-kurangnya satu minit sebelum anda gunakan fungsi pancutan stim
sekali lagi.
Jangan sekali-kali menghalakan stim kepada orang.
Stim berubah-ubah (GC6540 sahaja)
Kawalan stim boleh dilaraskan secara berterusan dan boleh ditetapkan kepada sebarang kedudukan
antara ECO dan ; (lihat bab 'Bersedia untuk menggunakannya').

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Gc6500 series