Download Print this page

Philips GC510/05 Manual page 18

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BahaSa MElayu
18
anda mendengar bunyi mengepam atau jika output stim tidak sekata, angkat kepala pengukus
dari masa ke semasa untuk meluruskan hos. Ini membolehkan sebarang pemeluwapan untuk
mengalir semula ke dalam tangki air (Gamb. 4).
1
Memasang palam wayar di soket dinding yang dibumikan (Gamb. 5).
2
Tekan butang hidup/mati di atas perkakas untuk menghidupkan perkakas (Gamb. 6).
-
GC510: Butang hidup/mati menyala.
-
GC520: Butang stim untuk output stim tinggi menyala.
3
Biarkan air dalam tangki stim memanas. Ini mengambil masa kira-kira 2 minit.
-
GC510: Apabila air dalam tangki air sedia untuk menstim, stim keluar daripada kepala pengukus.
-
GC520: Tekan butang stim yang sesuai untuk memilih output stim yang dikehendaki (awan
tunggal = output stim rendah, awan berganda = output stim tinggi). (Gamb. 7)
Menstim pakaian
Jangan halakan stim kepada orang.
Jangan sentuh muncung kepala pengukus semasa menstim. Pastikan jarak sekurang-kurangnya
20cm dari badan anda untuk mengelakkan lecur.
Nota: Hos bekalan stim menjadi panas semasa menstim. Ini adalah normal.
Nota: GC520: Pakai sarung tangan yang dibekalkan pada tangan yang anda gunakan untuk memegang
pakaian.
Cara yang disyorkan untuk melicinkan kedutan:
-
Bahagian depan simpai: (Gamb. 8)
Pegang satu hujung simpai dengan satu tangan. Dengan tangan yang lagi satu, gerakkan kepala
pengukus ke depan dan ke belakang seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam rajah.
-
Bahagian belakang simpai: (Gamb. 9)
Tarik simpai ke bawah dan pegang satu hujung simpai dengan satu tangan. Dengan tangan yang lagi
satu, gerakkan kepala pengukus ke depan dan ke belakang seperti yang ditunjukkan oleh anak panah
dalam rajah.
-
Depan (Gamb. 10)
Gerakkan kepala pengukus ke atas dan ke bawah seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam
rajah.
-
Poket: (Gamb. 11)
Pegang bahagian depan pakaian dengan satu tangan. Gerakkan kepala pengukus ke atas seperti yang
ditunjukkan oleh anak panah dalam rajah.
-
Bahagian belakang pakaian: (Gamb. 12)
Gerakkan kepala pengukus ke atas dan ke bawah seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam
rajah.
-
Sarung: (Gamb. 13)
Pegang satu hujung simpai dengan satu tangan. Dengan tangan yang lagi satu, gerakkan kepala
pengukus ke depan dan ke belakang seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam rajah.
Pemegang kepala pengukus
Anda boleh menggunakan pemegang kepala pengukus untuk menggantung kepala pengukus apabila
anda perlu berhenti menstim sekejap, cth. apabila anda perlu memusingkan helaian pakaian yang
anda stim.
Gantung pemegang kepala pengukus di tempat yang jauh dari pakaian yang anda stim, contohnya
pada rak pakaian.
Sarung tangan (GC520 sahaja)
Pakai sarung tangan pada tangan yang anda gunakan untuk memegang pakaian. Sarung tangan
melindungi tangan anda daripada stim daripada kepala pengukus.

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Gc500 series