Download Print this page

Bahasa Melayu - Philips GC510/05 Manual

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

BahaSa MElayu

16
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Tangkai pengukus
B Butang hidup/mati
C Butang stim (GC520 sahaja)
-
awan tunggal = output stim rendah
-
awan berganda = output stim tinggi
D Mengisi bukaan dengan tukup
E
Tangki air
F
Bukaan saliran dengan tukup
G Cawan isian
H Pemegang kepala pengukus
I
Sarung tangan (GC520 sahaja)
J
Kepala pengukus
K Kord sesalur kuasa dengan plag
L
Ruang untuk mengukuhkan kepala pengukus
M Pengukus
N Hos bekalan stim
Penting
Baca manual pengguna ini dengan berhati-hati sebelum anda menggunakan perkakas dan simpannya
untuk rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jangan tenggelamkan perkakas ke dalam air atau apa-apa cecair lain, atau membilaskannya di
bawah paip.
-
Berhati-hati dengan stim panas yang keluar dari pengukus. Stim boleh menyebabkan luka
terbakar.
amaran:
-
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
-
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa, hos bekalan atau perkakasnya sendiri
menunjukkan kerosakan yang nyata, atau jika perkakas telah terjatuh atau bocor.
-
Sentiasa bawa perkakas ke pusat servis yang disahkan oleh Philips untuk diperiksa atau dibaiki.
Jangan cuba baiki perkakas itu sendiri, jika tidak jaminannya menjadi tidak sah.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
-
Jangan biarkan perkakas tanpa dijaga apabila ia bersambung dengan sesalur kuasa.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
-
Muncung kepala pengukus boleh menjadi amat panas dan mungkin menyebabkan kelecuran jika
tersentuh.
-
Sentiasa cabut plag perkakas sebelum anda membersihkannya atau sebelum anda mengisi
semula tangki air.

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Gc500 series