Download Print this page

Bahasa Melayu - Philips HR1628/00 Manual

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

BAHASA MELAYU

Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat
manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips,
daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Perihalan umum
1
Butang turbo
2
Butang penghidup kuasa
3
Unit motor
4
Butang pelepas
5
Pengisar batang
6
Unit gandingan pemukul (HR1627/HR1625 sahaja)
7
Pemukul (HR1627/HR1625 sahaja)
8
Penutup pencincang XL (HR1627 sahaja)
9
Tudung pencincang mini (HR1625, HR1623 sahaja)
10 Unit bilah pencincang XL (HR1627 sahaja)
11 Unit pisau pencincang mini (HR1625, HR1623 sahaja)
12 Mangkuk pencincang XL (HR1627 sahaja)
13 Mangkuk pencincang mini (HR1625/HR1623 sahaja)
14 Bikar
15 Manual pengguna
16 Risalah jaminan sedunia
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan untuk rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jangan sekali-kali merendam unit motor di dalam air atau sebarang
cecair lain, mahupun membilasnya di bawah pili air. Hanya gunakan kain
lembap untuk membersihkan unit motor.
Amaran
-
Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan
voltan sesalur tempatan anda.
-
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur atau bahagian lain telah
rosak atau kelihatan retak.
-
Jika kord sesalur rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang
dibenarkan oleh Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi
mengelakkan bahaya.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang
(termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau
mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas
ini oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
-
Jauhkan perkakas dan kordnya dari capaian kanak-kanak.
-
Jangan benarkan kanak-kanak menggunakan perkakas tanpa pengawasan.
-
Jangan sentuh mata unit pisau dalam sebarang keadaan, terutamanya
apabila palam perkakas dipasang. Mata pisau adalah sangat tajam.
-
Jangan gunakan unit pisau pencincang tanpa mangkuk pencincang.
-
Jangan sekali-kali biarkan perkakas beroperasi tanpa diawasi.
-
Berhati-hati dan elakkan percikan ketika anda memproses ramuan yang
panas.
-
Tidak satu pun aksesori ini sesuai digunakan di dalam ketuhar gelombang
mikro.
-
Jika salah satu unit pisau tersekat, cabut palam perkakas sebelum anda
mengeluarkan bahan-bahan yang menyekat unit pisau itu.
-
Jika satu bahagian atau aksesori rosak, sentiasa menggantinya dengan
jenis yang asli, jika tidak, jaminan anda tidak lagi sah.
-
Untuk mengelakkan percikan, sentiasa tenggelamkan bar pengisar ke
dalam ramuan sebelum anda menghidupkan perkakas, terutamanya
apabila anda memproses ramuan yang panas.
-
Berhati-hati ketika anda menuang cecair panas ke dalam bikar kerana
cecair panas dan stim boleh menyebabkan kelecuran.
Awas
-
Tanggalkan perkakas daripada bekalan kuasa setiap kali perkakas
dibiarkan tanpa pengawasan dan sebelum memasang, menanggalkan
bahagian atau membersihkan perkakas.
-
Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian daripada
pengilang lain atau yang tidak disyorkan secara khusus oleh Philips. Jika
anda menggunakan aksesori atau bahagian sedemikian, jaminan anda
menjadi tidak sah.
-
Hanya gunakan perkakas ini untuk tujuan dimaksudkan seperti
ditunjukkan dalam manual pengguna.
-
Perkakas ini bertujuan untuk kegunaan dalam rumah sahaja. Jika perkakas
ini disalahgunakan atau untuk tujuan profesional atau semiprofesional
atau jika ia digunakan tidak mengikut arahan yang terdapat dalam
manual pengguna, jaminan menjadi tidak sah dan Philips tidak menerima
tanggungjawab bagi apa-apa kerosakan yang berlaku.
-
Jauhkan unit motor dari haba, api, kelembapan dan kotoran.
-
Jangan sekali-kali mengisi bikar atau mangkuk dengan bahan yang lebih
panas daripada 80°C/175°F.
-
Jangan melebihi kuantiti dan masa memproses yang ditunjukkan
dalam jadual.
-
Jangan proses lebih daripada satu kelompok tanpa henti. Biarkan
perkakas menyejuk selama 10 minit sebelum anda meneruskan
pemprosesan.
-
Bersihkan unit pisau bar pengisar di bawah air paip. Jangan sekali-kali
tenggelamkannya di dalam air.
-
Selepas pembersihan, biarkan bar pengisar kering. Simpannya sama
ada secara mendatar atau pisau tersebut menghadap ke atas. Pastikan
unit pisau kering sepenuhnya sebelum anda menyimpan bar pengisar
tersebut.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan dengan
pendedahan kepada medan elektromagnet.
Pembersihan dan penyelenggaraan
Jangan sekali-kali merendam unit motor, unit gandingan pemukul
(HR1627/HR1625), tudung pencincang XL (HR1627) dan tudung
pencincang mini (HR1625/HR1623) di dalam air atau sebarang cecair
lain, atau membilasnya di bawah paip. Gunakan kain lembap untuk
membersihkan bahagian ini.
Sebelum anda mula membersih:
Tanggalkan plag perkakas.
1
Tekan butang pelepas untuk tanggalkan aksesori yang terpasang.
2
Tanggalkan aksesori.
3
Petua: Anda boleh juga menanggalkan gegelang getah dari mangkuk
pencincang untuk pembersihan lebih rapi.
Petua: Untuk pembersihan pantas bar pengisar, kosongkan dan bilas bikar
segera selepas digunakan. Kemudian tuang air suam bersama sedikit cecair
pencuci ke dalam bikar, masukkan bar pengisar dan biarkan perkakas
beroperasi selama kira-kira 10 saat.
Aksesori
Anda boleh memesan pencincang mini pacuan terus (di bawah nombor kod
servis 4203 035 83450) daripada wakil penjual Philips anda atau pusat servis
Philips sebagai aksesori tambahan bagi HR1621 dan HR1627.
Alam sekitar
-
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada akhir hayatnya,
tetapi bawanya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan
berbuat sedemikian anda membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 1).
Jaminan dan sokongan
Jika anda perlukan maklumat atau sokongan, sila lawati www.philips.com/
support atau baca risalah jaminan sedunia.
Soalan lazim
Soalan
Jawapan
Mengapa perkakas
Anda mungkin telah menggunakan perkakas
menghasilkan bunyi
untuk terlalu lama tanpa henti. Jika ini sebabnya,
bising, bau yang tidak
berhenti menggunakan perkakas dan biarkan
menyenangkan, asap
ia menyejuk selama 60 minit. Jika masalah ini
atau terasa panas?
berterusan, hubungi penjual Philips anda atau
pusat servis yang disahkan oleh Philips.
Bolehkah saya
Biarkan bahan-bahan menyejuk hingga kira-kira
memproses bahan-
80°C/175°F sebelum anda memprosesnya.
bahan yang panas
mendidih?
Apakah saiz
Potong bahan-bahan menjadi kepingan sebesar
bahan-bahan yang
kira-kira 2x2cm.
dikehendaki sebelum
saya memprosesnya?

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hr1626Hr1626/00Hr1628Hr1628/01