LG -K500dsZ User Manual page 133

Hide thumbs Also See for LG-K500dsZ:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh masa yang lama untuk
memaksimumkan kebolehgunaan.
Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau
gunakannya pada kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.
Jangan biarkan peranti di tempat yang panas atau sejuk kerana ini mungkin
menjejaskan prestasi bateri.
Risiko letupan jika bateri diganti dengan jenis yang salah. Lupuskan bateri yang
telah digunakan mengikut arahan.
Tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas telefon dicas sepenuhnya
untuk menjimatkan kuasa pengecas daripada penggunaan yang tidak perlu.
Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi rangkaian, tetapan
produk, corak penggunaan, dan keadaan bateri dan persekitaran.
Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau gigi haiwan, bersentuhan
dengan bateri. Ini akan menyebabkan kebakaran.
Langkah penjagaan apabila menggunakan kad SIM
Jangan masukkan kad SIM ke dalam peranti dengan label atau perekat terlekat.
Ini mungkin menyebabkan kerosakan.
Jangan keluarkan kad SIM semasa menggunakan peranti. Ini mungkin
merosakkan kad SIM atau sistem.
Ambil langkah pencegahan tambahan untuk memastikan kad SIM
tidak tercalar, dibengkokkan atau dirosakkan oleh magnet. Ini mungkin
memadamkan fail yang disimpan pada kad SIM atau menyebabkan kerosakan
peranti.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
11

Advertisement

Chapters

Table of Contents
loading

Table of Contents