LG -K500dsZ User Manual page 129

Hide thumbs Also See for LG-K500dsZ:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer peribadi.
Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator atau dapur.
Jangan jatuhkan.
Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal atau kejutan.
Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan anda berbuat
demikian oleh undang-undang khas. Contohnya, jangan gunakan telefon di
hospital kerana ia mungkin mengganggu peralatan hospital yang sensitif.
Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah semasa telefon sedang
dicas. Ia boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan telefon mungkin
akan rosak teruk.
Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang mudah terbakar kerana
telefon bimbit akan menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini (jangan
gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol).
Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia boleh merosakkan
telefon.
Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh antena
jika tidak diperlukan.
Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki kaca
yang pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-
siakan dan disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada penggunaan
biasa. Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan
dalam keadaan pengudaraan tidak mencukupi mungkin akan mengakibatkan
ketidakselesaan atau melecur sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-
jaga apabila mengendalikan telefon anda atau betul-betul selepas
menggunakannya.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
7

Advertisement

Chapters

Table of Contents
loading

Table of Contents