LG -K500dsZ User Manual page 128

Hide thumbs Also See for LG-K500dsZ:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio menggunakan
unit ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian
bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon
memancarkan pada aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur
frekuensi.
Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon LG,
semuanya direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran
Bukan-Ion (Commission on Non-Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP)
Antarabangsa, iaitu 2 W/kg dipuratakan ke atas sepuluh 10 g tisu.
Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang diuji untuk
penggunaan telinga ialah 0.493 W/kg (10 g) dan apabila dipakai pada badan
ialah 1.430 W/kg (10 g).
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan sama
ada dalam kedudukan penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan
pada jarak sekurang-kurangnya 5 mm dari badan. Apabila bekas pembawa, klip
tali pinggang atau pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian pada
badan, ia tidak sepatutnya mengandungi logam dan perlu meletakkan produk
pada jarak sekurang-kurangnya 5 mm dari badan anda. Untuk memindahkan
data fail dan mesej, peranti ini memerlukan sambungan berkualiti pada
rangkaian. Dalam beberapa kes, pemindahan fail data atau mesej mungkin
ditangguhkan sehingga sambungan tersebut tersedia. Pastikan arahan jarak
pemisahan diikuti sehingga pemindahan selesai.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
Sentiasa menggunakan bateri, pengecas dan aksesori LG tulen yang diluluskan
untuk digunakan bersama model tertentu telefon ini. Penggunaan sebarang
jenis lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan
dengan telefon, dan mungkin berbahaya.
Sesetengah kandungan dan ilustrasi mungkin berbeza daripada peranti anda
tanpa notis lebih awal.
Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis yang
layak jika kerja pembaikan diperlukan.
Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG, mungkin termasuk
penggantian bahagian atau papan yang sama ada baru atau yang diperbaiki,
asalkan kefungsiannya sebanding dengan bahagian yang diganti.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
6

Advertisement

Chapters

Table of Contents
loading

Table of Contents