LG -K500dsZ User Manual page 127

Hide thumbs Also See for LG-K500dsZ:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan untuk penggunaan
selamat dan efisien
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini mungkin
merbahaya atau tidak sah.
Sekiranya kesilapan berlaku, sebuah alat perisian dibina di dalam peranti anda
akan mengumpulkan log kesilapan. Alat ini hanya mengumpulkan data yang
khusus kepada kesilapan, seperti kekuatan isyarat, cell ID position (kedudukan
ID sel) dalam kegagalan panggilan dan aplikasi yang dimuatkan secara tiba-tiba.
Log hanya digunakan untuk membantu menentukan punca bagi kesilapan. Log ini
dienkripsi dan hanya boleh diakses oleh Pusat pembaikan LG yang sah, sekiranya
anda perlu mengembalikan peranti anda untuk dibaik pulih.
Import maklumat mengenai peranti
Aplikasi dan perkhidmatan peranti tertakluk kepada perubahan dan
pembatalan tanpa notis, bergantung kepada situasi pembekal dan versi
perisian.
Apabila peranti dihidupkan untuk kali pertama, konfigurasi permulaan akan
berlaku. But kali pertama akan lebih lama daripada biasa.
Baca sebelum menggunakannya
Untuk membeli item pilihan, hubungi Pusat Maklumat Pelanggan LG untuk
pengedar tersedia.
Rupa dan spesifikasi peranti tertakluk pada perubahan tanpa notis.
Jangan gunakan produk LG untuk tujuan lain selain daripada yang ditujukan.
Menggunakan aplikasi atau perisian yang tidak disahkan mungkin merosakkan
peranti dan ini tidak dilindungi oleh peranti.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus
(SAR).
Telefon mudah alih model LG-K500dsZ ini telah direka bentuk untuk mematuhi
keperluan keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang
radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk
margin keselamatan yang direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua
orang tanpa mengira umur dan kesihatan.
5

Advertisement

Chapters

Table of Contents
loading

Table of Contents