Philips HP3643/01 Manual page 43

Philips infracare infrared lamp hp3643 650w half body treatment 124cm high
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
-
Sejukkan perkakas selama lebih kurang 15 minit sebelum mencuci atau menyimpannya.
-
Jangan guna perkakas ini apabila penurasnya rosak, pecah atau hilang.
-
Sekiranya anda baru saja selesai berenang atau mandi, pastikan anda mengeringkan kulit anda
dengan sempurna sebelum anda menggunakan perkakas ini.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Menggunakan perkakas
Kesan infracare
InfraCare memancarkan cahaya inframerah, yang menembusi jauh ke dalam kulit dan menghangatkan
tisu. Kehangatan memodulatkan isyarat neuron ke otak dan dengan itu mengurangkan kesakitan.
Kehangatan juga merangsang peredaran darah dan mengembangkan pembuluh darah, yang akan
melajukan penghantaran bahan yang perlu untuk membina semula dan menyuburkan tisu badan.
Tambahan lagi, cahaya inframerah mempercepatkan proses metabolisme dan pengeluaran bahan
buangan daripada badan. Oleh kerana ia menjadikan tisu mudah dilenturkan, kehangatan juga
mengurangkan kekejangan dan menjadikan sendi lebih mudah lentur.
Disebabkan kesan-kesan ini, rawatan dengan InfraCare boleh melegakan sementara kesakitan akibat
masalah otot dan sendi.
Nota: Sila baca bahagian 'Amaran' dalam bab 'Penting' dan ikuti arahan yang tertera di sana
sebelum anda menggunakan perkakas.
aplikasi
aplikasi terapeutik
InfraCare adalah perkakas terapi kehangatan setempat. Kemungkinan penggunaan terapi:
-
Rawatan untuk sakit otot yang sekali-sekala atau kronik, otot kejang dan sendi kejang.
-
Rawatan untuk sakit bahagian bawah belakang.
Penggunaan lain
Anda juga boleh menggunakan InfraCare untuk tujuan-tujuan berikut:
-
Pengenduran otot
-
Persediaan untuk mengurut
Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai manfaat kesihatan, sila lihat kata carian
InfraCare di www.philips.com (Gamb. 5).
Bersedia untuk menggunakannya
1
Letakkan kekaki pada permukaan yang stabil dan rata (Gamb. 6).
2
Masukkan tiub kekaki ke dalam kekaki sehingga ia terkunci pada tempatnya (Gamb. 7).
Nota: Terdapat hanya satu cara untuk memasang tiub pada kekaki.
3
Pasang bingkai lampu pada bahagian atas tiub kekaki (Gamb. 8).
Untuk memastikan semua bahagian telah dipasang dengan betul, periksa sama ada butang kunci
yang dimuat spring boleh nampak dalam lubang.
4
Pastikan terdapat sekurang-kurangnya 35mm ruang kosong di sekeliling perkakas untuk
mengelakkan daripada pemanasan melampau (Gamb. 9).
Dengan adanya kekaki, perkakas ini dapat digunakan dalam pelbagai posisi. Di bawah ini adalah
beberapa contoh.
BaHasa MElayu
43

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Hp3643

Table of Contents