Philips HR2071/20 Manual page 43

Philips blender hr2071/20 600 w 2 l glass jar with mill
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
6
Hidupkan suis perkakas.
Nota: Jika perkakas bergoncang disebabkan makanan tidak teragih dengan sekata, letakkan tangan
anda di atas tudung.
Nota: Pencincang menjalankan kerja dalam beberapa saat. Jangan biarkan ia berjalan lebih lama
daripada beberapa saat.
7
Apabila anda telah selesai memproses, setkan tombol kawalan pada 0 dan cabut plag perkakas.
8
Putarkan mangkuk pencincang melawan arah jam (1) dan keluarkannya dari unit motor (2).
(Gamb. 18)
9
Putarkan unit gandaan mengikut arah jam (1) dan keluarkannya dari bahagian bawah mangkuk
pencincang (2) (Gamb. 19).
10
Keluarkan tudung dan unit pisau dari mangkuk pencincang.
11
Kosongkan mangkuk pencincang.
Sentiasa keluarkan unit pisau dari mangkuk pencincang dan pencincang dari unit motor sebelum
anda mengosongkan mangkuk pencincang.
Berhati-hati apabila anda mengosongkan mangkuk pencincang. Pinggir pemotong unit pisau adalah
tajam.
Penekan sitrus (HR2069 sahaja)
HR2071/HR2063/HR2061: Anda boleh memesan penekan sitrus (nombor jenis HR2947) daripada
wakil pengedar Philips.
Menyediakan penekan sitrus untuk digunakan
1
Masukkan unit gandaan penekan sitrus ke dalam bahagian bawah jag jus (1). Putarkan unit
gandaan tersebut mengikut arah jam sehingga ia berdetap masuk pada kekudukannya
(2) (Gamb. 20).
2
Letakkan saring ke dalam jag jus (1). Tekan saring ke bawah dan putarkannya mengikut arah
jam sehingga ia berdetap pada kedudukannya (2) (Gamb. 21).
3
Letakkan kon pada aci pemacu di bahagian tengah saring (Gamb. 22).
4
Letakkan penekan sitrus pada unit motor dan putarnya mengikut arah jam sehingga ia
terkunci pada kedudukannya. (Gamb. 23)
Menggunakan penekan sitrus
1
Pertama, setkan tombol kawalan pada kelajuan 1 dan kemudian tekan buah sitrus ke atas kon.
2
Berhenti menekan dari masa ke masa untuk mengeluarkan pulpa dari saring.
Jangan melebihi penunjuk paras pada jag jus.
3
Apabila anda telah selesai memproses, setkan tombol kawalan pada 0 dan cabut plag perkakas.
4
Keluarkan jag jus dengan saring dan kon masih terpasang padanya denga memutarkan jag jus
melawan arah jam.
5
Keluarkan kon dan saring sebelum anda menuang keluar jus.
Pembersihan (gamb. 24)
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas atau cecair yang
agresif seperti petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.
BaHasa MElayu
43

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents