Philips HR2071/20 Manual page 40

Philips blender hr2071/20 600 w 2 l glass jar with mill
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BaHasa MElayu
40
Menggunakan pengisar
Jangan sekali-kali masukkan jari anda atau sesuatu objek (contohnya spatula) semasa pengisar
sedang berjalan.
Jangan melebihi paras maksimum yang ditunjukkan pada balang pengisar.
1
Masukkan plag utama ke dalam soket.
2
Hidupkan suis perkakas. (Gamb. 6)
Nota: Lihat jadual pengisar dhujung manual pengguna untuk kuantiti, seting kelajuan dan masa
pemprosesan yang disarankan.
-
Untuk memproses bahan pada kelajuan tertentu, putarkan tombol kawalan kepada seting
kelajuan yang dikehendaki.
Jangan biarkan perkakas dijalankan selama lebih daripada 30 saat pada satu satu masa. Biarkan
perkakas menyejuk pada suhu bilik sebelum anda meneruskan memproses.
-
Untuk memproses bahan untuk masa yang singkat, putar tombol kawalan ke seting denyut (P)
beberapa kali.
Jangan guna seting denyut lebih daripada beberapa saat pada sesuatu masa.
-
Untuk menghancurkan ais, tekan butan AIS.
3
Apabila anda telah selesai memproses, setkan tombol kawalan pada 0 dan cabut plag perkakas.
Sentiasa setkan tombol kawalan pada 0 sebelum anda membuka tudung.
Petua
-
Untuk mencegah tumpahan, jangan masukkan lebih daripada 1.5 liter cecair ke dalam balang
pengisar, lebih-lebih lagi apabila anda mengisar pada kelajuan tinggi. Jangan masukkan lebih
daripada 1liter ke dalam balang pengisar apabila anda memproses cecair panas atau bahan yang
mudah berbuih.
-
Anda boleh menggunakan bukaan pada tudung untuk menambah bahan semasa perkakas
sedang berjalan (Gamb. 7).
-
Jangan proses bahan kering lebih daripada 1 minit.
-
Potongkan bahan pepejal kepada bahagian-bahagian kecil sebelum memasukkannya ke dalam
balang pengisar. Jangan proseskan kuantiti bahan pepejal yang banyak sekali gus. Sebaliknya,
proseskan bahan ini dalam beberapa kelompok kecil.
-
Jika anda tidak berpuas hati dengan hasilnya semasa anda mengisar bahan-bahan pejal, gunakan
seting denyut beberapa kali untuk membolehkan pengisar berjalan sekejap. Jika anda hendak
menggunakan spatula, matikan perkakas, buka tudung dan kemudian kacau bahan-bahannya.
Anda boleh juga mengeluarkan sesetengah bahan-bahan balang dan proses jumlah yang lebih
kecil.
-
Untuk menghancurkan kiub ais, letakkan sebanyak 5 kiub ais maksimum dalam balang dan tekan
butang AIS beberapa kali.
HR2071 sahaja: Balang dibuat daripada kaca dan oleh itu boleh pecah. Jangan jatuhkan balang ke
atas lantai yang keras. Juga elakkan kejutan terma yang ekstrem. Jika balang terlalu sejuk, bilasnya
dengan air suam dengan teliti sebelum anda menuang air panas ke dalamnya. Jika balang kaca ini
retak, berhenti menggunakannya.
Penuras (HR2068/HR2067 sahaja)
Anda boleh menggunakan penuras untuk menghasilkan sos, jus buah segar atau koktel yang lebih
halus kisarannya. Semua biji dan kulit buah akan diasingkan di dalam penuras.
HR2071/HR2061: Anda boleh memesan penuras (nombor jenis HR2938) daripada wakil penjual
Philips anda.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents