Philips FC8452/61 Manual page 24

Philips powerlife vacuum cleaner with bag fc8452
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa MElayu
24
Membersihkan berus turbo mini (jenis tertentu sahaja)
Untuk membersihkan berus di dalam berus turbo mini, ikuti langkah-langkah di bawah:
1
Matikan peralatan dan cabut plagnya.
2
Putar berus di dalam berus turbo mini sehingga alur pemotongnya menghadap anda. Gunakan
gunting untuk memotong rambut, benang dsb yang telah terkumpul melingkari berus
itu. (Gamb. 14)
3
Keluarkan bulu-bulu, rambut dan kotoran lain dari berus.
Mengosongkan beg habuk boleh basuh dan boleh guna semula (negara tertentu
sahaja)
Di sesetengah negara, pembersih vakum ini didatangkan dengan beg habuk boleh basuh dan boleh
guna semula. Anda boleh menggunakan beg habuk ini sebagai pengganti beg habuk pakai buang.
Untuk mengeluarkan dan memasukkan beg habuk boleh guna semula, ikuti arahan dalam bab
'Mengganti beg habuk'.
Untuk mengosongkan beg habuk:
1
Luncurkan klip keluar dari beg habuk dari sisinya.
2
Goncangkan kandungannya ke dalam tong sampah.
3
Untuk menutup beg habuk, luncurkan klip semula pada pinggir bawah beg habuk.
Penggantian
Keluarkan plag daripada soket dinding sebelum membersih atau menyenggarakan perkakas.
Menggantikan beg habuk pakai buang
-
Gantikan beg habuk sebaik sahaja penunjuk beg habuk penuh bertukar warna secara kekal, iaitu
walaupun semasa muncung tidak diletakkan di atas lantai (Gamb. 15).
1
Tarik penutup ke atas untuk membukanya dan condongkan pemegang beg habuk ke
hadapan. (Gamb. 11)
2
Tarik teg kadbod untuk mengeluarkan beg habuk yang penuh daripada pemegang (Gamb. 16).
Apabila anda berbuat demikian, beg habuk dikedapkan secara automatik.
,
3
Luncurkan bahagian hadapan kadbod beg habuk yang baru ke dalam dua alur pemegang beg
habuk sejauh yang mungkin (Gamb. 17).
4
Condongkan beg habuk ke belakang (Gamb. 18).
Nota: Jika tiada beg habuk telah dimasukkan, anda tidak boleh menutupnya.
5
Tolak penutup ke bawah untuk menutupnya.
Mengganti penuras mikro ekzos
Anda hendaklah mencabut plag perkakas setiap kali anda hendak mengganti penuras.
Ganti penuras mikro ekzos setiap 12 bulan.
1
Plag hendaklah dikeluarkan dari soket saluran keluar.
2
Buka gril penuras mikro ekzos.
3
Tanggalkan penuras dan letakkan penuras baru di dalam perkakas.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents