Philips FC8452/61 Manual page 22

Philips powerlife vacuum cleaner with bag fc8452
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa MElayu
22
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
-
Jangan halakan hos, tiub atau sebarang aksesori lain ke arah mata atau telinga, mahupun
memasukkannya ke dalam mulut anda apabila ia telah disambungkan kepada pembersih vakum
dan pembersih vakum ini telah dihidupkan.
-
Jangan bersihkan mana-mana bahagian pembersih vakum di dalam mesin basuh pinggan
mangkuk.
awas
-
Jangan sedut objek yang besar kerana ini akan menyebabkan laluan udara di dalam tiub atau hos
menjadi tersekat.
-
Apabila anda menggunakan pembersih vakum untuk memvakum debu, pasir halus, kapur, habuk
simen dan bahan yang serupa, liang beg habuk dan penuras perlindungan motor akan tersumbat.
Jika anda terasa penyusutan ketara pada kuasa sedutan, ganti beg habuk dan bersihkan penuras
perlindungan motor.
-
Jangan sekali-kali menggunakan perkakas tanpa beg habuk atau penuras perlindungan motor. Ini
boleh merosakkan motor dan memendekkan hayat perkakas. Hanya gunakan beg habuk s-bag
Philips atau beg habuk boleh guna semula Philips.
-
Jangan gunakan berus turbo mini ini pada haiwan peliharaan.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas
ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
Bersedia untuk menggunakan
hos
1
Untuk menyambungkan hos, tolak penyambung hos ke dalam bukaan sambungan hos
('klik') (Gamb. 2).
2
Untuk menanggalkan hos, tekan butang pelepas (1) dan tarik penyambung hos keluar daripada
bukaan sambungan hos (2) (Gamb. 3).
Tiub teleskop
Nota: Anda boleh sambungkan mana-mana muncung atau aksesori kepada gegenggam tangan pada
hos atau kepada tiub. Untuk melakukannya, masukkan gegenggam tangan atau tiub ke dalam muncung
atau aksesori sambil memutarnya sedikit.
1
Tolak gegenggam tangan ke dalam tiub sedutan. (Gamb. 4)
Untuk menanggalkannya, putar pemegang sedikit dan tarik ia dari tiub.
2
Laraskan tiub teleskop agar panjangnya selesa bagi anda semasa memvakum. Tekan gelangsar
pada tiub (1) dan tekan bahagian bawah tiub ke bawah atau tarik ke atas (2) (Gamb. 5).
Muncung gabungan
Anda boleh menggunakan muncung gabungan pada permaidani (dengan jalur berus dilipat ke dalam)
atau pada lantai keras (dengan jalur berus dilipat ke luar).
®

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents