HYPERICE Hypervolt Go 2 Operating Instructions Manual page 89

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
PERINGATAN
Bateri yang digunakan dalam peranti ini boleh menyebabkan risiko kebakaran
atau kecederaan melecur akibat bahan kimia jika dikendalikan dengan salah.
Jangan buka, panaskan bateri melebihi 100º C atau bakar bateri. Lupuskan
bateri terpakai dengan segera. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jangan
pisahkan bahagian dalam peranti dan jangan lupuskan peranti dalam api.
SIMPAN ARAHAN INI
Hypervolt Go 2 ialah peranti urutan perkusi pegang yang mengalirkan
denyutan tekanan yang disasarkan untuk penjagaan otot, mengurangkan
ketegangan, memberikan urutan santai, mencepatkan pemanasan dan
pemulihan serta membantu pengguna mengekalkan kefleksibelan dan
kemampuan untuk melakukan pelbagai gerakan.
PENGENDALIAN
Tekan butang kuasa/kelajuan di bahagian belakang peranti. Tahan butang
selama dua saat sehingga penunjuk paras bateri (jalur LED) menyala,
kemudian lepaskan. Hypervolt Go 2 anda kini sedia untuk digunakan. Pilih
kelajuan yang anda kehendaki (1-3) dengan menekan butang kuasa/kelajuan
satu kali bagi setiap kelajuan. Lampu putih di bahagian belakang peranti akan
menunjukkan tetapan kelajuan. Untuk mematikan kuasa, tekan dan tahan
butang kuasa/kelajuan selama dua saat.
MENUKAR ALAT TAMBAHAN KEPALA
Hanya tukar alat tambahan selepas tetapan kelajuan dimatikan dan alat
tambahan kepala berhenti bergerak. Untuk menukar alat tambahan
kepala, tarik keluar alat tambahan kepala sedia ada secara lurus untuk
menanggalkan alat tambahan tersebut, kemudian masukkan kepala yang
dikehendaki terus ke dalam bukaan sambil menolak kepala dengan kuat.
Untuk alat tambahan kepala Garpu, luruskan tab pada garpu dengan alur
pada bukaan dan tolak kepala dengan kuat.
MENGECAS
Caskan bateri sepenuhnya sehingga empat jam sebelum digunakan buat
kali pertama. Untuk mengecas, sambungkan hujung DC pengecas 18V
yang dibekalkan kepada port pengecasan di bahagian bawah pemegang
dan sambungkan plag pengecas kepada salur keluar kuasa pada dinding.
Jalur lampu LED akan berdenyut untuk menunjukkan paras bateri
dan pengecasan aktif. Warna jalur lampu LED sepadan dengan tahap
pengecasan daripada merah (rendah) kepada hijau (dicas sepenuhnya). Cas
penuh ditunjukkan apabila jalur LED kekal hijau dan menyala sepenuhnya.
Bateri boleh dicas semula pada bila-bila masa dan pada sebarang paras
bateri. Anda tidak disyorkan untuk menggunakan bateri sepenuhnya
sehingga paras LED merah. Masa penggunaan purata ialah 2+ jam
bergantung pada tahap kelajuan dan tekanan yang dikenakan semasa
menggunakan peranti. Anda disyorkan untuk OFF (MATIKAN) peranti
semasa peranti tidak digunakan atau ketika penyimpanan dan dalam
perjalanan.
PEMBERSIHAN DAN PENYIMPANAN
Pastikan kuasa OFF (DIMATIKAN) dan pengecas bateri tidak dipasangkan.
Lap Hypervolt Go 2 anda dengan lembut menggunakan kain yang lembap
dan bersih. Simpan peranti di tempat yang bersih, sejuk dan jauh daripada
cahaya matahari langsung apabila tidak digunakan.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading
Need help?

Need help?

Do you have a question about the Hypervolt Go 2 and is the answer not in the manual?

Table of Contents

Save PDF