Alam Sekitar - Philips HR2118 Manual

Hide thumbs Also See for HR2118:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Petua
-
Terutamanya apabila anda memproses kuantiti yang banyak, kami
nasihatkan agar anda tidak meletakkan semua bahan di dalam penapis
pada masa yang sama. Mulakan dengan memproses kuantiti yang kecil,
biarkan perkakas berjalan untuk seketika, matikannya lalu tambahkan
sedikit lagi.
-
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik apabila anda membuat jus dan
koktel buah-buahan, tambah anggaran 300ml air kepada 150g buah-
buahan. Anda juga boleh menggunakan cecair lain, contohnya untuk
membuat koktel.
Menggunakan pengisar kering
Bikar dimaksudkan untuk mencincang bahan- seperti lada biji, bijan, beras,
gandum, isi kelapa, kacang (berkulit) biji kopi, biji soya kering, kacang pea
kering, keju, serbuk roti, dll.
Masukkan bahan kering ke dalam balang pengisar kering (Gamb. 10).
1
Ketatkan unit pisau pengisar mengikut arah jam pada balang
2
pengisar (Gamb. 11).
Nota: Lihat jadual dalam manual pengguna ini untuk kuantiti, kelajuan dan
masa pemprosesan yang disyorkan.
Terbalikkan pengisar yang telah dipasang dan ketatkannya pengikut
3
arah jam pada unit motor (Gamb. 12).
Hidupkan suis perkakas.
4
Petua: Kami mengesyorkan anda untuk menggunakan butang DENYUT/
BERSIH PANTAS atau kelajuan 5.
Jangan biarkan pengisar kering berjalan lebih daripada 30 saat tanpa
gangguan.
Apabila anda telah selesai memproses, tekan butang MATI.
5
Untuk mengeluarkan pengisar dari unit motor, putarkan pengisar
6
melawan arah jam.
Menggunakan pencincang (HR2118 sahaja)
Pencincang adalah dimaksudkan untuk mencincang bahan seperti bawang,
daging, herba, buah-buahan, coklat, keju pejal, makanan bayi dan kacang.
Berhati-hati apabila anda meletakkan atau mengalihkan unit pisau, kerana
mata pemotong sangat tajam.
Masukkan unit gandingan ke dalam bahagian bawah mangkuk
1
pencincang (1). Putar unit gandingan melawan arah jam untuk
menetapkannya (2) (Gamb. 13).
Letakkan mangkuk pencincang pada unit motor (1) dan putarkannya
2
mengikut arah jam untuk menetapkannya (2) (Gamb. 14).
Letakkan unit pisau ke dalam mangkuk pencincang (Gamb. 15).
3
Masukkan bahan-bahan ke dalam mangkuk pencincang (Gamb. 16).
4
Lihat jadual di bawah untuk kuantiti yang disyorkan.
Jangan melebihi kuantiti maksimum yang ditunjukkan dalam jadual
Petua: Potong terlebih dahulu ketulan makanan ke dalam bahagian sebesar 1-2sm.
Letakkan tudung pada mangkuk pencincang dan putarkannya mengikut
5
arah jam untuk menetapkannya (Gamb. 17).
Nota: Pastikan penutup diletakkan dengan betul sebelum anda menghidupkan
perkakas.
Hidupkan suis perkakas.
6
Nota: Jika perkakas bergoncang disebabkan makanan tidak teragih dengan
sekata, letakkan tangan anda di atas penutup pencincang.
Nota: Pencincang menjalankan kerjanya dalam beberapa saat. Jangan biarkan
ia berjalan lebih lama daripada beberapa saat.
Selepas selesai mencincang, matikan perkakas dan cabut plagnya.
7
Putar pencincang melawan arah jam dan keluarkannya daripada unit
8
motor (Gamb. 18).
Tanggalkan pencincang daripada unit motor sebelum anda mengosongkan
mangkuk pencincang.
Putar unit gandingan mengikut arah jam dan keluarkannya dari
9
bahagian bawah mangkuk pencincang (Gamb. 19).
Keluarkan tudung dan unit pisau dari mangkuk pencincang.
10
Kosongkan mangkuk pencincang.
11
Pembersihan
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang
melelas atau cecair yang agresif seperti petrol atau aseton untuk
membersihkan perkakas.
Petua:
-
Perkakas dan bahagian-bahagiannya amat mudah dibersihkan sebaik saja
ia selesai digunakan.
-
Jika perlu, anda boleh bersihkan jaringan penapis (HR2118/HR2117
sahaja) dengan berus yang sangat lembut.
-
Buka semua bahagian yang boleh ditanggalkan setiap kali sebelum anda
membersihkannya.
Pastikan palam perkakas ditanggalkan.
1
Bersihkan unit motor dan unit gandingan pencincang dengan kain lembap.
2
Jangan sekali-kali merendam unit motor dan unit gandingan pencincang di
dalam air atau sebarang cecair lain. Jangan bersihkan unit motor dan unit
gandingan pencincang di dalam mesin basuh pinggan.
Bersihkan semua bahagian yang boleh ditanggalkan (kecuali unit
3
gandingan pencincang) di dalam air panas, jika perlu dengan sedikit
cecair pencuci, atau di dalam mesin basuh pinggan.
Membersihkan balang pengisar dengan cepat
Isi pengisar separuh penuh dengan air suam dan tambah beberapa titik
1
cecair pencuci pinggan mangkuk.
Tekan butang DENYUT/BERSIH PANTAS beberapa kali.
2
Tanggalkan balang pengisar, kosongkannya dan bilas di bawah air paip.
3
Penyimpanan
-
Untuk menyimpan kord sesalur utama, gulung di sekeliling gelendong
pada bahagian bawah perkakas (Gamb. 20).
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori perkakas ini, sila lawati kedai dalam talian kami
di www.shop.philips.com/service. Sekiranya kedai dalam talian tidak
terdapat di negara anda, lawatilah pembekal Philips anda atau pusat servis
Philips. Sekiranya anda menghadapi kesukaran mendapatkan aksesori bagi
perkakas anda, sila hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda.
Anda boleh menemui butirannya dalam risalah jaminan sedunia.

Alam sekitar

-
Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir
hayatnya, sebaliknya serahkannya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar
semula. Dengan berbuat begini, anda membantu memelihara alam
sekitar. (Gamb. 21)
Jaminan dan perkhidmatan
Jika anda memerlukan perkhidmatan atau jika anda menghadapi masalah, sila
layari laman web Philips di www.philips.com/support atau hubungi Pusat
Layanan Pelanggan Philips di negara anda. Anda boleh mendapatkan nombor
telefonnya dalam risalah jaminan sedunia. Jika Pusat Layanan Pelanggan tidak
terdapat di negara anda, hubungi wakil penjual Philips setempat anda.
Resipi
susu soya
Ramuan:
-
90g kacang soya kering
-
600ml air
Rendam kacang soya selama 4 jam sebelum memprosesnya.
1
Letakkan penapis (HR2118/HR2117 sahaja) dalam balang pengisar.
2
Tuangkan kacang soya yang telah direndam dan air ke dalam penapis
3
(HR2118/HR2117 sahaja). Kisar selama 24 saat pada kelajuan tertinggi.
Jangan memproses lebih daripada 1 kelompok tanpa henti seketika.
Biarkan perkakas menjadi sejuk hinggap ke suhu bilik sebelum anda
meneruskan pemprosesan.
Didihkan susu kacang soya dalam periuk, kemudian tambah gula dan
4
biarkan ia mereneh.

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Hr2117Hr2116Hr2115

Table of Contents