Panasonic NR-F654GT-X6 Operating Instructions Manual page 31

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Dalam keadaan kecemasan...
Jangan sesekali membuka penutup atas dan penutup belakang.
Jangan sesekali memisahkan, membaiki atau mengubah suai peti sejuk.
(Jika tidak, boleh menyebabkan kecederaan, lecur atau kejutan elektrik.)
Jika anda mengesan kebocoran gas (seperti gas rumah), jangan sentuh peti sejuk dan buka
tingkap untuk pengudaraan di dapur.
Bahan pendingin mudah terbakar digunakan. Jika anda telah merosakkan litar penyejukan
(perpaipan), buka tingkap untuk pengudaraan di dapur dan hubungi wakil pengedar.
Kerja penyenggaraan hanya boleh dilakukan di bengkel oleh kakitangan penyenggaraan yang terlatih.
(Jika tidak, ia boleh menyebabkan kejutan elektrik, nyalaan api dan letupan.)
Menunjukkan risiko kecederaan atau kerosakan harta benda.
PERINGATAN
Ketika menyimpan makanan...
Jangan mengenakan impak tinggi pada dulang kaca.
(Jika tidak, dulang kaca mungkin pecah dan menyebabkan kecederaan.)
Jangan membiarkan makanan terjulur dari rak kaca.
Jangan simpan bekas makanan di rak pintu jika ia tidak menyentuh bahagian bawah rak.
(Jika tidak, makanan mungkin terjatuh dan menyebabkan kecederaan.)
Jangan membekukan botol.
(Jika cecair di dalam botol kaca membeku, botol mungkin pecah dan menyebabkan kecederaan.)
Jangan menyentuh makanan beku atau bekas (terutama logam), plat aluminium dengan tangan yang basah.
(Jika tidak, anda boleh mengalami luka beku.)
Jangan makan makanan yang mempunyai bau pelik atau berubah warna.
(Makanan busuk boleh menyebabkan penyakit.)
Ketika membuka/menutup pintu...
Jangan buka/tutup pintu jika sesuatu tersentuh dengan peti sejuk.
Jangan masukkan jari anda pada rongga di bahagian sisi pintu petak peti
sejuk ketika membuka/menutup pintu.
Jangan buka/tutup petak ais dan petak pembekuan segar (fresh freezing)
dengan memegang bahagian atas laci.
Jangan meletakkan kaki anda di bawah laci sebelah bawah.
(Jika tidak, kaki anda mungkin tersepit.)
Jangan membuka atau menutup pintu dengan kuat.
(Jika tidak, makanan mungkin terjatuh dan menyebabkan kecederaan.)
Ketika membersihkan...
Jangan menyentuh rel logam.
Jangan meletak tangan atau kaki di bawah bahagian bawah peti sejuk.
(Sisi panel logam boleh menyebabkan kecederaan.)
Berhati-hati ketika anda memasukkan atau mengeluarkan rak kaca.
(Sekiranya terjatuh, rak kaca mungkin rosak atau jika pecah, ia boleh menyebabkan kecederaan.)
Ketika memindah atau mengangkut peti sejuk...
Betulkan kedudukan peti sejuk pada kaki boleh laras di atas lantai rata dan kuat.
(Jika tidak, peti sejuk boleh bergoyang atau terbalik dan boleh menyebabkan kecederaan.)
Guna lapik perlindungan, dll. untuk permukaan lantai yang mudah rosak.
Semasa mengangkut peti sejuk, pegang pemegang dan pindahkan dengan
bantuan sekurang-kurangya 2 orang.
(Jika tidak, tangan anda mungkin terlepas dan menyebabkan kecederaan.)
Pengenalan
31

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents