Pengenalan; Arahan Keselamatan - Panasonic NR-F654GT-X6 Operating Instructions Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Arahan keselamatan

Maksud simbol.
Jangan
Jangan tanggalkan
Menunjukkan risiko kematian atau kecederaan serius.
AMARAN
AMARAN: Jangan menggunakan peralatan mekanikal atau cara lain untuk mempercepatkan
proses nyahfros, selain daripada cara yang disyorkan oleh pengilang.
AMARAN: Jangan merosakkan litar pendingin.
(Jika tidak, bahan pendingin mudah terbakar boleh terbakar dan membawa kepada letupan.)
AMARAN: Jangan gunakan alat elektrik dalam petak simpanan makanan bagi produk, melainkan
ianya jenis yang disyorkan oleh pengeluar.
(Jika pendingin bocor, ia boleh terbakar akibat percikan api daripada sentuhan.)
Jangan menyimpan bahan mudah meletup seperti tin aerosol dengan bahan dorong mudah
terbakar di dalam produk ini.
AMARAN: Jangan memasang berbilang soket alur keluar atau bekalan kuasa mudah alih di
bahagian belakang perkakas.
Alat ini bukan disasarkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) dengan kecacatan
fizikal, deria atau mental, atau yang kurang pengalaman dan pengetahuan, kecuali jika mereka
telah diberikan pengawasan atau arahan mengenai penggunaan alat ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak harus diawasi bagi memastikan mereka tidak bermain dengan alat ini.
Jika kord kuasa atau plag perkakas rosak, ia mestilah digantikan oleh pengilang atau ejen
perkhidmatan mereka atau individu yang memiliki kelayakan yang sama bagi mengelakkan
kebahayaan.
AMARAN: Isi dengan air minuman sahaja.
AMARAN: Pastikan injap pengudaraan, di dalam ruangan peti sejuk atau di dalam struktur
kabinet, tidak dihalang.
AMARAN: Apabila meletakkan perkakas, pastikan bahawa kord tidak terperangkap atau rosak.
Untuk plag kuasa dan kord...
Jangan menggunakan kord sambungan.
Jangan memasukkan atau mencabut plag kuasa ke dalam/dari soket dinding dengan tangan yang basah.
Jangan merosakkan plag kuasa atau kord. Jangan memotong atau memproses plag atau kord;
jangan didedahkan kepada suhu yang tinggi; jangan melentur, memutar atau menarik secara
berlebihan; jangan meletakkan objek berat di atasnya; dan jangan menyusunnya dalam longgokan.
→ Hubungi wakil pengedar anda untuk membaiki plag atau kord.
Jangan menolak belakang peti sejuk rapat ke plag kuasa.
Jangan gunakan ketika kord atau plag kuasa rosak, atau ketika plag tidak dimasukkan
sepenuhnya ke dalam soket.
Dari semasa ke semasa buang kotoran seperti habuk dari plag kuasa.
Pasangkan plag ke dalam soket dinding yang sama voltan dengan arus dan masukkan plag
sepenuhnya.
Apabila mencabut plag kuasa, pegang pada plag bukan pada kordnya.
Cabut plag ketika membersihkan peti sejuk.
Jika anda tidak bercadang untuk menggunakan peti sejuk bagi tempoh yang panjang, cabut plagnya.
(Jika tidak, ia boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik)
Jika kord kuasa atau palam perkakas rosak, ia mestilah digantikan oleh pengilang atau ejen
perkhidmatan mereka atau individu yang memiliki kelayakan yang sama bagi mengelakkan
bahaya.
Pastikan anda
lakukan ini
Menunjukkan alat mestilah dialirkan
ke bumi untuk mencegah kejutan
elektrik
AMARAN; Risiko kebakaran/bahan
mudah terbakar

Pengenalan

iso-butane
29

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents