Makita UN460WD Instruction Manual page 49

Cordless pole hedge trimmer
Hide thumbs Also See for UN460WD:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat
dimatikan dan kartrij bateri dikeluarkan
sebelum cuba menjalankan pemeriksaan atau
penyelenggaraan.
PERHATIAN:
Semasa memeriksa atau
menyelenggara alat, sentiasa letakkan alat di
bawah. Pemasangan atau pelarasan alat dalam
kedudukan menegak boleh mengakibatkan
kecederaan serius.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, apa-apa
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
Membersihkan alat
Bersihkan alat dengan menyapu habuk dengan kain
kering atau kain yang dicelup dalam air sabun dan
diperah.
NOTIS:
Jangan gunakan petrol, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Penyelenggaraan bilah ricih
Sebelum operasi atau sejam sekali semasa operasi,
sapukan minyak berkelikatan rendah (minyak mesin,
atau minyak pelincir jenis semburan) pada bilah ricih.
► Rajah27
Selepas operasi, keluarkan habuk daripada kedua-
dua belah bilah ricih dengan berus berwayar,
lapkannya dengan kain dan kemudian sapukan minyak
berkelikatan rendah (minyak mesin, atau minyak
pelincir jenis semburan) pada bilah ricih.
► Rajah28
NOTIS:
Jangan basuh bilah ricih dengan air.
Melakukan hal tersebut boleh menyebabkan karat
atau merosakkan alat.
NOTIS:
Kotoran dan karatan menyebabkan
geseran berlebihan bilah dan memendekkan
masa pengendalian bagi setiap pengecasan
bateri.
Penyimpanan
Pasangkan penutup bilah pada bilah ricih supaya bilah
tidak terdedah. Simpan alat jauh daripada kanak-kanak.
Simpan alat di tempat yang tidak terdedah kepada
kelembapan atau hujan.
49 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents