Philips PT866 Manual page 35

Hide thumbs Also See for PT866:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
awas
-
Jangan sekali-kali merendam pencukur di dalam air.
-
Jangan gunakan pencukur di dalam tab mandi atau di bawah pancuran.
-
Jangan sekali-kali gunakan air yang lebih panas daripada 80°C untuk
membilas pencukur tersebut.
-
Berhati-hati apabila menggunakan air panas. Anda hendaklah setiap kali
memeriksa bahawa air tidak terlalu panas, untuk mengelakkan tangan
anda daripada melecur.
-
Pencukur ini tidak kalis mesin basuh pinggan.
-
Air mungkin bocor keluar daripada soket di bahagian bawah pencukur
ketika anda membilasnya. Ini adalah normal dan tidak merbahaya kerana
semua bahagian elektronik dilindungi di dalam unit kuasa yang kedap di
dalam pencukur.
-
Jangan gunakan pencukur, penyesuai atau mana-mana bahagian jika
ia rosak, kerana ini akan menyebabkan kecederaan. Anda hendaklah
setiap kali mengganti penyesuai, pengecas atau bahagian yang rosak
dengan jenis yang asli.
-
Guna, cas dan simpan perkakas pada suhu antara 10°C dan 35°C.
-
Anda hendaklah memastikan bahawa pencukur diletakkan dan
digunakan di atas permukaan yang tahan cecair.
-
Hanya gunakan penyesuai, pengecas dan aksesori yang dibekalkan.
-
Pasang tukup pelindung pada pencukur untuk menghalang kerosakan
dan mengelakkan dari kotoran terkumpul di dalam kepala pencukur.
Pematuhan standard
-
Pencukur ini mematuhi peraturan keselamatan IEC diluluskan
antarabangsa dan boleh dibersihkan dengan selamat di bawah paip.
-
Pencukur mematuhi semua piawai yang berkaitan dengan medan
elektromagnet (EMF). Jika dikendalikan dengan betul dan mengikut
arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk digunakan
berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
am
-
Perkakas dilengkapi dengan pemilih voltan automatik dan ia sesuai
dengan voltan sesalur kuasa yang berbagai antara 100 hingga 240 volt.
-
Penyesuai mengubah 100-240 volt kepada voltan rendah dan selamat
tidak melebihi 24 volt.
Pengecasan
PT866/PT860: Pencukur memerlukan lebih kurang 1 jam untuk dicas
sepenuhnya.
PT736/PT735/PT730/PT725/PT720: Pencukur memerlukan lebih kurang 8
jam untuk dicas sepenuhnya.
Apabila anda mengecas pencukur pada kali pertama atau selepas
sekian lama tidak menggunakannya, biarkan ia dicas sehingga lampu
pengecasan menyala berterusan.
Pencukur yang dicas sepenuhnya membekalkan masa mencukur sehingga 50+
minit untuk 17 pencukuran tanpa kord (PT866/PT860) atau sehingga 40+
minit untuk 14 pencukuran tanpa kord (PT736/PT735/PT730/PT725/PT720).
Masa mencukur mungkin kurang daripada 50+ minit untuk 17 pencukuran
tanpa kod (PT866/PT860) atau 40+ minit untuk 14 pencukuran tanpa kod
(PT736/PT735/PT730/PT725/PT720) atas sebab tabiat pencukuran anda,
tabiat pembersihan anda atau jenis janggut anda.
Bahasa MElayu
35

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Pt860Pt736Pt735Pt730Pt725Pt720

Table of Contents