Langkah-Langkah Keselamatan - Midea MAC-215F User Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Langkah-langkah Keselamatan

1. Mesin ini tidak dibenarkan dibaiki atau diubahsuai oleh orang yang tidak berkelayakan
atau tidak dibenarkan.
2. Dilarang mengendalikan unit ini dengan tangan yang basah bagi mengelakkan kejutan
elektrik.
3. Jika didapati mana-mana kord kuasa sudah usang dan berpintal, serta plag sudah rosak,
berhentikan penggunaannya dengan serta merta dan mesti dibaiki oleh pengilang
profesional atau orang berkelayakan yang seumpamanya.
4. Tanggalkan kord kuasa jika unit ini tidak digunakan untuk tempoh masa yang panjang.
5. Jangan masukkan sebarang bendasing ke dalam inlet atau outlet udara bagi mencegah
berlakunya kecederaan atau kerosakan pada unit ini. Ini adalah kerana unit ini dilengkapi
dengan alat pemutar yang berkelajuan tinggi.
6. Jangan gunakan unit ini di tempat yang berdekatan dengan gas yang mudah terbakar atau
meletup, dan juga elekkan daripada terdedah kepada cahaya matahari secara langsung
dalam tempoh masa yang panjang.
7. Jangan letakkan unit ini di tempat yang condong atau tidak stabil/rata bagi mengelakkan
unit ini daripada terjatuh atau mengakibatkan kerosakan pada unit ini atau bahagian
dalamannya.
8. Mesin ini sesuai untuk digunakan di dalam rumah, dan bukannya untuk kegunaan di luar
rumah.
9. Mesin ini mempunyai satu suis keselamatan. Sekiranya penapis berstruktur sarang lebah
tidak dipasang dengan kemas, unit ini tidak akan berfungsi seperti biasa. Jangan sesekali
menanggalkan bingkai penapis berstruktur sarang lebah ketika mesin ini sedang bekerja.
10. Pastikan paras air dalam tangki tidak melebihi paras "MAX" (maksimum) pada bila-bila
masa. Untuk proses pelembapan, paras air dalam tangki hendaklah dikawal supaya tidak
rendah daripada paras "MIN" (minimum).
11. Apabila tangki diisi penuh dengan air, pastikan unit ini tidak dicondongkan atau dilanggar
ketika menempatkan atau memindahkannya. Ketika memindahkan badan unit ini, sila tolak
secara perlahan dari bahagian tepinya bagi mengelakan air daripada melimpah.
12. Ketika menggunakan unit ini, jangan terbalikkannya bagi mengelakkan sebarang
kemalangan. Jika ia terjatuh secara tidak sengaja, padamkan plag kuasa dan tanggalkan
kord kuasa dengan serta merta kerana di dalamnya mengandungi air. Kemudiannya
dihantar ke pusat pembaikan.
13. Jangan letakkan apa-apa benda di atas unit ini dan jangan sesekali menutup outlet udara.
14. Apabila membersih bahagian luaran unit ini, lap dengan kain basah (atau ditambah sedikit
bahan pencuci). Jangan sesekali dibersih dengan bahan pencuci atau pelarut bersifat
mengkakis. Jangan bilas unit ini dengan air.
15. Jarakkan inlet atau outlet udara daripada dinding, langsir dan objek lain, kerana ia mungkin
menghalang pengaliran udara dan mengganggu bekalan udaranya.
16. Apabila unit ini sedang berputar, jangan ketuk atau goncang badan unit ini dengan kuat.
Perbuatan ini mungkin mengakibatkan unit ini dipadam secara automatik. Jika keadaan ini
berlaku, pasang semula unit ini.
17. Jangan tempatkan unit ini di bawah outlet kuasa.
18. Jangan gunakan unit ini di tempat yang berdekatan dengan tab mandi, alat penyembur air
atau kolam renang.
19. Unit ini dilarang dikendali oleh kanak-kanak, orang-orang kurang upaya fizikal, deria atau
mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka telah diberi
pengawasan atau arahan.
1

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents