Langkah-Langkah Keselamatan - Midea MAC-120AR User Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

1. Mesin ini tidak dibenarkan dibaiki atau diubahsuai oleh orang yang
tidak berkelayakan atau tidak diberi kuasa.
2. Dilarang mengendalikan unit ini dengan tangan yang basah bagi
mengelakkan kejutan elektrik.
3. Jika didapati mana-mana kord kuasa sudah usang dan berpintal,
serta plag sudah rosak, berhentikan penggunaannya dengan serta
merta dan mesti dibaiki oleh pengilang profesional atau orang
berkelayakan yang seumpamanya.
4. Unit ini tidak dibenarkan dibersih, diselenggara atau dipindah jika
suisnya tidak dimatikan.
5. Tanggalkan kord kuasa jika unit ini tidak digunakan untuk tempoh
masa yang panjang.
6. Jangan masukkan sebarang bendasing ke dalam inlet atau outlet
udara bagi mencegah berlakunya kecederaan atau kerosakan pada
unit ini. Ini adalah kerana unit ini dilengkapi dengan alat pemutar
yang berkelajuan tinggi.
7. Jangan gunakan unit ini di tempat yang berdekatan dengan gas
yang mudah terbakar atau meletup, dan juga elekkan unit ini
daripada terdedah kepada cahaya matahari secara langsung dalam
tempoh masa yang panjang.
8. Jangan letakkan unit ini di tempat yang condong atau tidak
stabil/rata bagi mengelakkan unit ini daripada terjatuh atau
mengakibatkan kerosakan pada unit ini atau bahagian dalamannya.
9. Mesin ini sesuai untuk digunakan di dalam rumah, dan bukan
dimaksudkan untuk kegunaan di luar rumah.
10. Pastikan paras air dalam tangki tidak melebihi paras "MAX"
(maksimum) pada bila-bila masa. Untuk tujuan pelembapan, paras
air dalam tangki hendaklah dikawal supaya tidak rendah daripada
paras "MIN" (minimum).
11. Apabila tangki diisi penuh dengan air, pastikan unit ini tidak
dicondongkan atau dilanggar ketika menempatkan atau
memindahkannya. Ketika memindahkan badan unit ini, sila tolak
secara perlahan dari bahagian tepinya bagi mengelakkan air
daripada melimpah.
13

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents