Midea MAC-215F User Manual page 26

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

4. Mengisi air
Mengisi tangki air bahagian bawah: pegang pemegang bingkai penapis, diputar keluar
sehingga bingkai penapis diasingkan dari badan unit (Gambarajah 1) dan kelihatan tangki
air bawah, lepas itu isikan air bersih ke dalam tangki air (Gambarajah 2).
Mengisi tangki bahagian atas: Putar untuk membuka penutup tangki air bahagian atas,
lepas itu isikan air bersih ke dalam tangki air (Gambarajah 1).
Perhatian: Kotak ais disimpan dalam busa di dalam kotak bungkusan.
. Sila ambil perhatian terhadap tanda paras air ketika mengisi air ke dalam tangki.
(Gambarajah 3)
. Ketika mengisi air, pastikan paras air tidak melebihi paras "MAX". Untuk tujuan
pelembapan, pastikan paras air tidak boleh rendah daripada paras "MIN".
Apabila paras air lebih rendah daripada tanda paras air MIN, fungsi pelembapan
akan berhenti. Pada masa sama, unit ini akan mengeluarkan bunyi Beep selama 3
saat. Lepas itu, pam akan berhenti berfungsi. Fungsi pelembapan hanya akan
dijalankan apabila air ditambahkan.
Apabila paras air melebihi tanda paras air MAX, unit ini akan mengeluarkan bunyi
Beep selama 10 saat sebagai amaran bagi mengelahkan air yang diisi terlalu penuh
sehingga melimpah keluar.
. Untuk meningkatkan kesan penyejukan, anda boleh masukkan kotak ais yang telah
dibekukan atau diisikan dengan ais ke dalam tangki air. (Gambarajah 2)
5. Periksa bekalan kuasa bagi memastikan sama ada ia serasi dengan kadaran kuasa yang
ditetapkan.
6. Sambungkan kord kuasa dan tekan butang "On/Off" untuk menghidupkan kipas dingin
berbentuk penyejatan.
Perhatian:
* Jangan sambungkan atau cabutkan kord kuasa dengan tangan yang basah bagi
mengelakkan renjatan elektrik.
* Kord kuasa hendaklah ditanggalkan apabila mengalihkan mesin ini.
* Apabila menyambungkan kord kuasa, pastikan ia disambung dengan kemas.
Buka penutup tangki air bahagian atas
Buka dan tanggalkan
bingkai penapis
Gambarajah 1
Isikan air ke dalam tangki
air bahagian atas
Isikan air ke dalam tangjki
air bahagian bawah
Gambarajah 2
4
MAX
MIN
Gambarajah 3

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents