Omron HEM-7157T Instruction Manual page 71

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Paparan/Masalah
Bacaan kelihatan terlalu tinggi
atau terlalu rendah.
Sebarang isu komunikasi lain
berlaku.
Apa-apa masalah lain yang
berlaku.
4. Penyelenggaraan
4.1 Penyelenggaraan
Untuk melindungi monitor anda daripada rosak, ikuti arahan di bawah:
Perubahan atau pengubahsuaian yang tidak diluluskan oleh pengilang akan
membatalkan waranti pengguna.
Perhatian
JANGAN merungkai atau cuba membaiki monitor ini atau komponen lain. Ini
boleh mengakibatkan bacaan yang tidak tepat.
4.2 Penyimpanan
• Pastikan monitor anda dalam bekas penyimpanannya apabila tidak digunakan.
1. Tanggalkan kaf lengan daripada monitor.
Perhatian
Untuk mencabut palam udara, tarik pada palam udara plastik di pangkal tiub,
bukan pada tiub itu sendiri.
2. Lipat tiub udara secara lembut ke dalam kaf lengan. Perhatian: Jangan
bengkokkan atau renyukkan tiub udara secara berlebihan.
3. Tempatkan monitor anda dan komponen lain ke dalam bekas penyimpanan.
• Simpan monitor anda dan komponen lain di tempat yang bersih dan selamat.
• Jangan simpan monitor anda dan komponen lain:
• JIka monitor dan komponen yang lain basah.
• Di lokasi yang terdedah kepada suhu ekstrem, kelembapan, sinar matahari
langsung, debu atau wap mengkakis seperti peluntur.
• Di tempat yang terdedah kepada getaran dan kejutan.
Kemungkinan Punca
Tekanan darah sentiasa berubah-ubah. Banyak faktor termasuk stres, masa dalam sehari, dan/atau bagaimana anda
memakai kaf lengan, boleh mempengaruhi tekanan darah anda. Rujuk bahagian 2 manual arahan
Ikut arahan yang ditunjukkan dalam peranti pintar, atau layari bahagian "Help" dalam aplikasi "OMRON connect" untuk
bantuan lanjut. Jika "Er" masih muncul, hubungi wakil OMRON tempatan anda.
Tekan butang [START/STOP] (Mula/berhenti) untuk mematikan monitor, kemudian tekan sekali lagi untuk mengambil
ukuran. Jika masalah ini berterusan, tanggalkan bateri dan tunggu 30 saat. Kemudian pasang kembali bateri.
Jika "Er" masih muncul, hubungi wakil OMRON tempatan anda.
Penyelesaian
4.3 Pembersihan
• Jangan guna pencuci yang melelas atau mudah meruap.
• Guna kain yang kering dan lembut atau kain lembut yang dilembapkan
dengan detergen lembut (neutral) untuk membersihkan monitor dan
kaf lengan anda, dan kemudian lap dengan kain yang kering.
• Jangan basuh atau rendam monitor dan kaf lengan anda atau
komponen lain di dalam air.
• Jangan guna gasolin, pencair atau pelarut yang serupa untuk
membersihkan monitor dan kaf lengan atau komponen yang lain.
4.4 Penentukuran dan Perkhidmatan
• Ketepatan monitor tekanan darah ini telah diuji dengan teliti dan
direka bentuk untuk hayat perkhidmatan yang lama.
• Disarankan secara am supaya memastikan unit ini diperiksa setiap
dua tahun bagi memastikan fungsi dan ketepatan yang betul. Sila
rujuk pada pengedar OMRON anda yang sah atau Khidmat Pelanggan
OMRON di alamat yang diberi pada bungkusannya atau risalah yang
dilampirkan.
.
MS
70

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents