AMARAN BERKAITAN OPERASI
• Jangan halang salur masuk dan/atau salur keluar udara.
• JANGAN gunakan unit bedekatan objek panas, seperti dapur masak atau alat pemanas atau di
mana ia mungkin terkena wap air.
• Sentiasa kendalikan unit ini dalam kedudukan menegak.
• Pegang unit ini dengan memegang pemegang di kedua-dua sisinya apabila mengalihkannya.
Jangan alihkannya semasa unit sedang beroperasi.
• Jangan alih atau tukar arah unit utama dengan menyeret rodanya.
• Angkat dan alihkan unit jika lantai anda mudah rosak, misalnya lantai yang ditutupi tikar tatami,
jika permukaan lantai tidak rata dan jika permaidani anda tebal.
• Apabila anda mengalihkan ia menggunakan rodanya, gerakkan perlahan-lahan ke arah melintang.
• Sebelum mengalihkan alat, hentikan operasinya dan keluarkan tangki air. Berhati-hati agar jari
anda tidak tersepit.
• Jangan kendalikan unit ini tanpa penapis, Tangki Air dan Dulang Pelembapnya terpasang rapi.
• Jangan cuci dan guna semula penapis HEPA dan penapis penyahbau.
Bukan sahaja ia tidak meningkatkan prestasi penapis, ia mungkin menyebabkan kejutan elektrik
atau pincang tugas.
• Bersihkan bahagian luarnya dengan kain lembut sahaja.
Jangan gunakan cecair yang mudah meruap dan/atau bahan pencuci.
Permukaan unit boleh rosak atau merekah.
Selain itu, penderianya juga mungkin tidak akan dapat berfungsi dengan betul.
• Kekerapan penyelenggaraan yang diperlukan (pembuangan kerak kapur) bergantung pada
kekerasan atau ketaktulenan air yang anda gunakan; semakin keras airnya, semakin kerap
anda perlu membuang kerak kapur yang melekat pada tangki.
• Pastikan unit utama jauh dari air.
GARIS PANDUAN PEMASANGAN
• Apabila menggunakan unit ini, letakkan ia sekurang-kurangnya 2 m dari perkakas yang
menggunakan gelombang elektrik seperti televisyen atau radio bagi mengelakkan gangguan
elektrik.
• Elakkan lokasi di mana penderia terdedah secara terus kepada angin.
Unit ini mungkin tidak akan beroperasi dengan betul.
• Elakkan daripada menggunakannya di lokasi di mana perabot, fabrik atau barang-barang lain
bersentuhan dengan salur masuk dan/atau salur keluar udara atau menghalang salur tersebut.
• Elakkan daripada menggunakan unit ini di lokasi di mana ia mungkin terdedah kepada
pemeluwapan atau perubahan suhu yang mendadak. Keadaan yang paling sesuai ialah
apabila suhu bilik antara 5 – 35 ºC.
• Letakkan di atas permukaan yang stabil dengan peredaran udara yang mencukupi.
Apabila meletakkan unit ini di atas kawasan yang ditutupi permaidani yang tebal, unit ini mungkin
akan bergetar sedikit.
Letakkan unit ini di atas permukaan yang rata untuk mengelakkan kebocoran air dari Tangki Air
dan/atau Dulang Pelembap.
• Elakkan lokasi di mana gris atau asap berminyak dikeluarkan.
Jika tidak, permukaan unit mungkin merekah atau penderianya mungkin tidak dapat berfungsi
dengan betul lagi.
• Letakkan unit lebih kurang 30 cm (1 kaki) dari dinding bagi memastikan aliran udara yang baik.
Prestasi pengumpulan habuk tetap sama meskipun unit digunakan 3cm jauh dari dinding tetapi
letakkannya sejauh yang boleh kerana dinding atau lantai sekitarnya boleh menjadi kotor.
GARIS PANDUAN PENAPIS
• Ikuti arahan di dalam manual ini untuk mengetahui cara penjagaan dan penyelenggaraan penapis
yang betul.
M-3
Need help?
Do you have a question about the KC-D60E and is the answer not in the manual?