Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian Gelombang Mikro; Waranti Terhad - Samsung MC32J7055H Series User Manual

Hide thumbs Also See for MC32J7055H Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Untuk mengelakkan kerosakan tray atau rak, jangan letakkan tray atau rak dalam air sebaik sahaja
selepas memasak.
Jangan kendalikan ketuhar untuk menggoreng dengan minyak yang banyak kerana suhu minyak tidak
boleh dikawal. Ini boleh menyebabkan cecair yang panas itu mendidih berlebihan.
Langkah berjaga-jaga ketuhar gelombang mikro
Hanya gunakan peralatan selamat untuk gelombang mikro. Jangan gunakan bekas metalik, set makan
malam diperbuat daripada emas atau perak, pencucuk, dll.
Betulkan ikatan berpintal wayar. Pengarkan elektrik boleh berlaku.
Jangan gunakan ketuhar untuk mengeringkan kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang sedikit bagi mengelakkan pemanasan
berlebihan dan menghanguskan makanan.
Pastikan kord kuasa dan palam kuasa jauh dari sumber air dan pemanasan.
Untuk mengelakkan risiko letupan, jangan panaskan telur dengan kulit atau telur separuh masak.
Jangan panaskan bekas kedap udara atau ditutup vakum, kacang, tomato dll.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan kain atau kertas. Ini bahaya kebakaran.
Ketuhar juga boleh menjadi terlalu panas dan dimatikan secara automatik, dan akan kekal dimatikan
sehingga ia telah sejuk secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan untuk ketuhar semasa mengeluarkan makanan.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau selepas pemanasan tamat dan biarkan cecair
sekurang-sekurangnya 20 saat selepas pemanasan untuk mencegah didihan yang membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka pintunya untuk mengelakkan melecur
disebabkan udara atau wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar semasa ia kosong. Ketuhar akan dimatikan secara automatik selama
30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami menyarankan meletakkan segelas air di dalam ketuhar
sepanjang masa untuk menyerap gelombang mikro jika ketuhar dihidupkan secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan yang dinyatakan di dalam manual ini. (Lihat memasang
ketuhar gelombang mikro anda.)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain pada soket berhampiran ketuhar.

Langkah berjaga-jaga pengendalian gelombang mikro

Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan pendedahan kepada
tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
Jangan kendalikan ketuhar dengan pintu terbuka. Jangan ubah saling kunci keselamatan (selak
pintu). Jangan masukkan apa jua ke dalam lubang saling kunci keselamatan.
MC32J7055HT_SP_DE68-04319M-02_MS.indd 7
Jangan letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka depan atau membiarkan
sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap. Pastikan pintu dan
permukaan kedap pintu sentiasa bersih dengan mengelapnya dengan kain lembap dan kemudian
dengan kain kering yang lembut selepas setiap penggunaan.
Jangan kendalikan ketuhar semasa ia rosak. Hanya kendalikan selepas telah dibaiki oleh
juruteknik yang layak.
Penting: pintu ketuhar perlu ditutup dengan betul. Pintu tidak boleh bengkok; engsel pintu tidak
boleh rosak atau longgar; penutup pintu dan permukaan penutup tidak boleh rosak.
Semua pengubahsuaian atau pembaikan perlu dilakukan oleh juruteknik yang layak.

Waranti terhad

Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau memperbaiki kecacatan
kosmetik sekiranya kerosakan unit atau aksesori disebabkan oleh pelanggan. Item bagi syarat ini
merangkumi termasuk:
Pintu, pemegang, panel keluar atau panel kawalan kemik, tercalar atau rosak.
Tray, roda pandu, pengganding atau rak wayar yang rosak atau hilang.
Gunakan alat ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang diterangkan di dalam manual
arahan ini. Amaran dan Arahan Keselamatan di dalam buku panduan ini tidak merangkumi semua
keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk menggunakan akal,
berwaspada dan berhati-hati semasa memasang, menyelenggarakan dan mengendalikan ketuhar anda.
Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri ketuhar gelombang mikro anda
mungkin berbeza sedikit daripada yang diterangkan di dalam manual ini dan bukan semua tanda-tanda
amaran boleh digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keprihatinan, hubungi pusat
perkhidmatan yang terdekat dengan anda atau dapatkan bantuan dan maklumat dalam talian di www.
samsung.com.
Gunakan ketuhar untuk memanaskan makanan sahaja. Ianya bertujuan untuk kegunaan rumah domestik
sahaja. Jangan panaskan sebarang jenis kain atau kusyen yang diisi dengan bijian. Pengilang tidak
boleh dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan alat yang tidak
sesuai atau tidak betul.
Untuk mengelakkan kerosakan permukaan ketuhar dan situasi berbahaya, sentiasa pastikan ketuhar
bersih dan dijaga dengan baik.
Bahasa Melayu 7
2015-11-05
3:14:53

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents