Husqvarna 120iTK4-H Operator's Manual page 451

Hide thumbs Also See for 120iTK4-H:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Medan elektromagnet semasa pengendalian boleh
mengganggu implan perubatan aktif atau pasif. Bagi
individu yang menggunakan implan perubatan sila
rujuk doktor anda dan pengilang implan sebelum
mengendalikan produk ini.
Angkat beban produk dengan abah-abah untuk
menjadikannya lebih mudah dikendalikan.
Pendedahan jangka masa panjang terhadap hingar
boleh mengakibatkan gangguan pendengaran
secara kekal. Husqvarna mengesyorkan pengendali
menggunakan perlindungan pendengaran yang
diluluskan.
Jangan gunakan produk yang telah diubah suai
melalui sebarang cara daripada spesifikasi asalnya.
Jangan gunakan produk yang rosak. Jalankan
pemeriksaan keselamatan, penyelenggaraan dan
arahan servis yang diterangkan dalam manual ini.
Sesetengah penyelenggaraan dan langkah-langkah
servis mesti dijalankan oleh pakar yang terlatih dan
layak. Lihat arahan di bawah tajuk penyelenggaraan.
Jalankan pemeriksaan keseluruhan bagi produk
sebelum penggunaan. Lihat jadual
penyelenggaraan.
Jangan sekali-kali benarkan orang lain
menggunakan produk ini tanpa terlebih dahulu
memastikan bahawa mereka telah membaca dan
memahami kandungan manual pengendali.
Periksa objek asing di kawasan kerja seperti kabel
elektrik, dan haiwan dsb., atau objek lain yang boleh
merosakkan alat pemotong seperti bahan keluli.
Bilah pemotong yang rosak boleh meningkatkan
risiko kemalangan.
Kelengkapan pelindung peribadi
AMARAN:
sebelum anda menggunakan produk ini.
Sentiasa gunakan kelengkapan pelindung peribadi
yang diluluskan apabila anda menggunakan produk.
Kelengkapan pelindung peribadi tidak dapat
mencegah kecederaan sepenuhnya tetapi akan
mengurangkan tahap kecederaan jika kemalangan
berlaku. Penjual anda boleh membantu anda
memilih peralatan yang sesuai.
Gunakan topi keledar pelindung jika terdapat risiko
objek jatuh.
Pendedahan kepada hingar untuk jangka masa yang
panjang boleh menyebabkan kerosakan
pendengaran. Secara umumnya, produk yang
menggunakan kuasa bateri adalah agak senyap
tetapi kerosakan boleh diakibatkan daripada
1553 - 005 - 06.04.2021
Baca arahan amaran berikut
gabungan tahap hingar dan penggunaan untuk
jangka masa yang panjang. Husqvarna
mengesyorkan pengendali menggunakan pelindung
telinga semasa menggunakan produk untuk tempoh
masa yang panjang dalam sehari. Pengguna yang
menggunakan produk secara berterusan dan kerap
seharusnya menjalankan pemeriksaan pendengaran
dari semasa ke semasa.
AMARAN:
mengehadkan keupayaan untuk
mendengar bunyi dan isyarat amaran.
Gunakan pelindung mata yang diluluskan. Jika anda
menggunakan visor, anda juga perlu memakai gogal
pelindung yang diluluskan. Pelindung mata yang
diluluskan mestilah mematuhi standard ANSI Z87.1
di A.S. atau EN 166 di negara-negara EU.
Gunakan sarung tangan apabila perlu, contohnya
apabila anda memasang, memeriksa atau
membersihkan peralatan memotong.
Pakai pakaian yang diperbuat daripada kain yang
kuat. Sentiasa pakai seluar panjang dan baju
berlengan panjang yang tebal. Jangan pakai pakaian
longgar yang boleh tersangkut pada ranting atau
dahan. Jangan pakai barang kemas, seluar pendek,
sandal atau berkaki ayam. Pastikan rambut anda
diikat rapi di atas paras bahu.
Pelindung telinga
451

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents