Download Print this page

Makita JN1601 Instruction Manual page 21

Hide thumbs Also See for JN1601:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
3.
Cabut palam dari sumber kuasa dan/atau
keluarkan pek bateri, jika boleh ditanggalkan,
dari alat kuasa sebelum membuat sebarang
pelarasan, menukar aksesori, atau menyimpan
alat kuasa. Langkah-langkah keselamatan
pencegahan sedemikian mengurangkan risiko
memulakan alat kuasa secara tidak sengaja.
4.
Simpan alat kuasa yang tidak digunakan
jauh dari jangkauan kanak-kanak dan jangan
biarkan orang yang tidak biasa dengan alat
kuasa atau arahan ini untuk mengendalikan
alat kuasa. Alat kuasa adalah berbahaya di
tangan pengguna yang tidak terlatih.
5.
Menyelenggara alat kuasa dan aksesori.
Periksa salah jajaran atau ikatan pada
bahagian yang bergerak, bahagian yang
pecah dan apa-apa keadaan lain yang
boleh menjejaskan operasi alat kuasa. Jika
rosak, baiki alat kuasa sebelum digunakan.
Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh
alat kuasa yang tidak dijaga dengan baik.
6.
Pastikan alat pemotong tajam dan bersih.
Alat pemotong yang dijaga dengan betul dengan
hujung pemotong yang tajam mempunyai
kemungkinan yang rendah untuk terikat dan lebih
mudah dikendalikan.
7.
Gunakan alat kuasa, aksesori dan alat bit
dan sebagainya mengikut arahan ini dengan
mengambil kira keadaan kerja dan kerja yang
perlu dilakukan. Penggunaan alat kuasa untuk
operasi yang berbeza dari yang dimaksudkan
boleh menyebabkan keadaan berbahaya.
Pastikan pemegang dan permukaan pegangan
8.
kering, bersih dan bebas dari minyak dan gris.
Pemegang dan permukaan pegangan yang licin
tidak membolehkan pengendalian dan kawalan
selamat bagi alat dalam situasi yang tidak
dijangka.
9.
Apabila menggunakan alat, jangan pakai
sarung tangan kerja kain yang mungkin boleh
kusut. Kekusutan sarung tangan kerja kain pada
bahagian yang bergerak boleh menyebabkan
kecederaan diri.
Servis
Pastikan alat kuasa anda diservis oleh
1.
orang yang berkelayakan dengan hanya
menggunakan alat ganti yang sama. Ini akan
memastikan keselamatan alat kuasa dapat
dikekalkan.
2.
Ikut arahan untuk melincir dan menukar
aksesori.
AMARAN KESELAMATAN
PENGERIP LOGAM
1.
Pegang alat dengan kukuh.
Kukuhkan bahan kerja dengan kuat.
2.
3.
Jauhkan tangan dari bahagian bergerak.
4.
Bahagian tepi dan serpihan bahan kerja adalah
tajam. Pakai sarung tangan. Disyorkan juga
agar anda memakai kasut yang bertapak tebal
untuk mengelakkan kecederaan.
5.
Jangan letakkan alat pada serpihan bahan
kerja. Jika tidak, ia boleh menyebabkan
kerosakan dan masalah pada alat.
6.
Jangan tinggalkan alat yang sedang berjalan.
Kendalikan alat hanya apabila dipegang.
7.
Sentiasa pastikan anda mempunyai tapak
berpijak yang kukuh.
Pastikan tiada sesiapa di bawah apabila
menggunakan alat di lokasi yang tinggi.
8.
Jangan sentuh penebuk, pengulir luar atau
bahan kerja dengan serta-merta selepas
operasi; ia mungkin sangat panas dan boleh
melecurkan kulit anda.
9.
Elakkan memotong wayar elektrik. Ia boleh
menyebabkan kemalangan serius dengan
kejutan elektrik.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN: JANGAN biarkan keselesaan
atau kebiasaan dengan produk (daripada
penggunaan berulang) menggantikan
pematuhan ketat terhadap peraturan
keselamatan untuk produk yang ditetapkan.
SALAH GUNA atau kegagalan mematuhi
peraturan-peraturan keselamatan yang
dinyatakan dalam manual arahan ini boleh
menyebabkan kecederaan diri yang serius.
KETERANGAN FUNGSI
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menyelaras atau menyemak
fungsi pada alat.
Menukar kedudukan pengulir luar
► Rajah1: 1. Pengulir luar 2. Pemegang pengulir luar
3. Nat kunci 4. Perengkuh
Kedudukan pengulir luar boleh ditukar 360°. Untuk
menukarnya, teruskan seperti berikut.
1.
Longgarkan nat kunci dengan perengkuh yang
disediakan.
2.
Tarik pemegang pengulir luar sedikit dan
pusingkan ia ke kedudukan yang dikehendaki
untuk operasi.
3.
Ketatkan nat kunci untuk mengukuhkan
pemegang pengulir luar dalam kedudukan yang
dikehendaki.
Terdapat empat hentian positif pada 90° setiap satu: 0°,
90° kiri dan kanan dan 180°. Untuk meletakkan pengulir
luar di mana-mana hentian positif ini:
1.
Longgarkan nat kunci dengan perengkuh yang
disediakan.
2.
Tarik pemegang pengulir luar sedikit dan tekan
perlahan sambil memusingkannya ke kedudukan
yang dikehendaki. Pemegang pengulir luar akan
terkunci pada salah satu kedudukan hentian
positif yang dikehendaki.
3.
Pusingkan pemegang pengulir luar sedikit untuk
memastikan ia terkunci secara positif.
4.
Ketatkan nat kunci untuk mengukuhkan
pemegang pengulir luar.
21 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading