Download Print this page

Manual Arahan - Makita JN1601 Instruction Manual

Hide thumbs Also See for JN1601:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BAHASA MELAYU (Arahan asal)
SPESIFIKASI
Kapasiti maksimum pemotongan
Radius pemotongan minimum
Disebabkan program penyelidikan dan pembangunan kami yang berterusan, spesifikasi yang terkandung di
dalam ini adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
Spesifikasi mungkin berbeza mengikut negara.
Berat mengikut Prosedur EPTA 01/2014
Simbol
Berikut menunjukkan simbol-simbol yang boleh
digunakan untuk alat ini. Pastikan anda memahami
maksudnya sebelum menggunakan.
Baca manual arahan.
PENEBATAN BERGANDA
Hanya untuk negara-negara Kesatuan
Eropah
Jangan buang peralatan elektrik
bersama bahan sisa rumah! Dalam
mematuhi Arahan Eropah mengenai Sisa
Peralatan Elektrik dan Elektronik serta
pelaksanaannya mengikut undang-undang
negara, peralatan elektrik yang telah
mencapai akhir hayatnya mesti dikumpul
secara berasingan dan dikembalikan ke
kemudahan kitar semula yang bersesuaian
dengan alam sekitar.
Tujuan penggunaan
Alat ini bertujuan untuk memotong kepingan keluli dan
kepingan keluli tahan karat.
Bekalan kuasa
Alat ini perlu disambungkan hanya kepada bekalan
kuasa dengan voltan yang sama seperti yang
ditunjukkan pada papan nama, dan hanya boleh
dikendalikan pada bekalan AC fasa tunggal. Ia
mempunyai penebatan berganda dan oleh itu, ia juga
boleh digunakan pada soket tanpa wayar bumi.
Model
Keluli sehingga 400 N/mm
Keluli sehingga 600 N/mm
Keluli sehingga 800 N/mm
Aluminium sehingga 200 N/mm
-1
Ayunan per minit (min
)
Panjang keseluruhan
Berat bersih
Kelas keselamatan
2
2
2
2
Tepi luar
Tepi dalam
Amaran keselamatan umum alat
kuasa
AMARAN:
arahan, ilustrasi dan spesifikasi yang disediakan
dengan alat kuasa ini. Kegagalan mengikuti
semua arahan yang disenaraikan di bawah boleh
menyebabkan kejutan elektrik, kebakaran dan/atau
kecederaan serius.
Simpan semua amaran dan
arahan untuk rujukan masa
depan.
Istilah "alat kuasa" dalam amaran merujuk kepada alat
kuasa yang menggunakan tenaga elektrik (dengan
kord) atau alat kuasa yang menggunakan bateri (tanpa
kord).
Keselamatan kawasan kerja
1.
Pastikan kawasan kerja bersih dan diterangi
dengan baik. Kawasan berselerak atau gelap
mengundang kemalangan.
2.
Jangan kendalikan alat kuasa dalam keadaan
yang mudah meletup, seperti dalam kehadiran
cecair, gas atau habuk yang mudah terbakar.
Alat kuasa menghasilkan percikan api yang boleh
menyalakan debu atau wasap.
3.
Jauhkan kanak-kanak dan orang ramai semasa
mengendalikan alat kuasa. Gangguan boleh
menyebabkan anda hilang kawalan.
Keselamatan elektrik
1.
Palam alat kuasa mesti sepadan dengan
soket. Jangan ubah suai palam dalam apa cara
sekalipun. Jangan gunakan sebarang palam
penyesuai dengan alat kuasa terbumi. Palam
yang tidak diubah suai dan soket yang sepadan
akan mengurangkan risiko kejutan elektrik.
19 BAHASA MELAYU
JN1601
1.6 mm / 16 ga
1.2 mm / 18 ga
0.8 mm / 22 ga
2.5 mm / 13 ga
50 mm
45 mm
2,200
261 mm
1.6 kg
/II
Baca semua amaran keselamatan,

Advertisement

loading