Download Print this page

Makita JN1601 Instruction Manual page 23

Hide thumbs Also See for JN1601:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum cuba untuk melakukan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Menggantikan berus karbon
► Rajah12: 1. Tanda had
Keluarkan dan periksa berus karbon dengan kerap.
Gantikan ia apabila ia telah haus sehingga tanda had.
Pastikan berus karbon sentiasa bersih dan bebas untuk
dimasukkan ke dalam pemegang. Kedua-dua berus
karbon harus diganti pada masa yang sama. Gunakan
hanya berus karbon yang serupa.
Gunakan pemutar skru untuk menanggalkan penutup
pemegang berus. Keluarkan berus karbon yang telah
haus, masukkan berus baharu dan kukuhkan penutup
pemegang berus.
► Rajah13: 1. Penutup pemegang berus 2. Pemutar
skru
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, sebarang
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Pusat Servis Makita yang Diiktiraf, sentiasa
gunakan alat ganti Makita.
AKSESORI PILIHAN
PERHATIAN:
Aksesori atau alat tambahan ini adalah
disyorkan untuk digunakan dengan alat Makita
anda yang dinyatakan dalam manual ini.
Penggunaan mana-mana aksesori atau alat
tambahan lain mungkin mengakibatkan risiko
kecederaan kepada individu. Hanya gunakan
aksesori atau penyambung untuk tujuan yang
dinyatakannya.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan untuk
maklumat lebih lanjut mengenai aksesori ini, tanya
Pusat Servis Makita tempatan anda.
Pengulir luar
Penebuk
Kunci allen
Perengkuh 32
NOTA: Beberapa item dalam senarai mungkin
disertakan dalam pakej alat sebagai aksesori
standard. Item mungkin berbeza mengikut negara.
23 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading