Makita UB001C Instruction Manual page 40

Battery powered blower
Hide thumbs Also See for UB001C:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
3.
Sambungkan paip sambungan ke paip penyesuai.
Jajarkan alur pada paip pemanjangan dengan tonjolan
pada paip penyesuai, dan kemudian gelongsorkan
paip di sepanjang alurnya supaya tanda segi tiga
menghadap satu sama lain.
► Rajah6: 1. Paip pemanjangan 2. Paip penyesuai
4.
Letakkan pengapit hos pada alur seperti yang
diilustrasikan dan ketatkan skru.
► Rajah7: 1. Skru 2. Pengapit hos
5.
Mengikut ketinggian kerja, sambungkan paip
pemanjangan ke paip pemanjangan yang sudah
terpasang.
PERHATIAN:
Jangan pasangkan paip
pemanjangan sekiranya panjang keseluruhan
termasuk badan penghembus melebihi 4 m (14 ft).
6.
Pusingkan salur keluar nozel hujung seperti yang
ditunjukkan dalam rajah.
► Rajah8
7.
Sambungkan hujung nozel ke paip pemanjangan.
Semasa menyambung, jajarkan tanda segi tiga pada
nozel hujung dan paip sambungan, dan kemudian tekan
nozel hujung hingga bunyi klik dihasilkan. Selepas itu,
putar nozel hujung ke kedudukan yang sesuai untuk
kerja anda.
► Rajah9: 1. Muncung hujung 2. Paip pemanjangan
3. Tanda segi tiga
Semasa mengeluarkan nozel hujung, jajarkan tanda
segi tiga pada nozel hujung dan nozel pemanjangan,
dan kemudian tarik keluar nozel hujung dari paip
pemanjangan.
► Rajah10: 1. Muncung hujung 2. Paip pemanjangan
3. Tanda segi tiga
KETERANGAN FUNGSI
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan mesin
dimatikan dan pek kuasa mudah alih diputuskan
sambungan dari mesin sebelum menyelaras atau
memeriksa fungsi pada mesin.
Sistem perlindungan bateri / mesin
Mesin dilengkapi dengan sistem perlindungan bateri/
mesin. Sistem ini memutuskan kuasa kepada motor
secara automatik untuk memanjangkan hayat mesin
dan bateri. Mesin akan berhenti secara automatik ketika
operasi jika mesin atau bateri diletakkan di bawah salah
satu syarat yang berikut:
Perlindungan lebih beban
Apabila mesin atau bateri dikendalikan dengan cara
yang menyebabkannya menarik arus yang luar biasa
tinggi, mesin akan terhenti secara automatik dan
lampu kuasa utama mesin berkelip dengan warna
hijau. Dalam situasi ini, matikan mesin dan hentikan
penggunaan yang menyebabkan mesin menjadi
terlebih beban. Kemudian hidupkan mesin untuk mula
semula.
Perlindungan pemanasan lampau
Apabila mesin atau bateri terlampau panas, mesin
terhenti secara automatik. Apabila mesin terlampau
panas, lampu kuasa utama mesin menyala dengan
warna merah. Apabila bateri terlampau panas, lampu
kuasa utama mesin berkedip dengan warna merah.
Biarkan mesin dan bateri sejuk sebelum menghidupkan
semula mesin.
Perlindungan lebih nyahcas
Apabila kapasiti bateri tidak mencukupi, mesin akan
berhenti secara automatik dan lampu kuasa utama
mesin berkedip dengan warna merah. Dalam kes ini,
keluarkan bateri dari mesin dan cas bateri atau tukar
bateri kepada yang telah dicas sepenuhnya.
Suis kuasa utama
AMARAN:
Sentiasa matikan suis kuasa utama
apabila tidak digunakan.
Untuk menghidupkan mesin, tekan suis kuasa utama.
Lampu kuasa utama menyala hijau. Untuk mematikan
alat, tekan suis kuasa utama sekali lagi.
► Rajah11: 1. Lampu kuasa utama 2. Suis kuasa
utama
NOTA: Mesin ini menggunakan fungsi kuasa
auto. Untuk mengelakkan permulaan yang tidak
disengajakan, suis kuasa utama akan dimatikan
secara automatik apabila pemicu suis tidak ditarik
untuk tempoh tertentu selepas suis kuasa utama
dihidupkan.
NOTA: Jika anda menekan suis kuasa utama apabila
tuil kawalan tidak kembali sepenuhnya ke kedudukan
mati, atau semasa anda menarik pemicu suis, lampu
kuasa utama berkedip dengan warna hijau. Dalam
kes ini, kembalikan tuil kawalan sepenuhnya, atau
lepaskan pemicu suis, dan kemudian tekan suis
kuasa utama.
Tindakan suis
AMARAN:
Sebelum menyambungkan pek
kuasa mudah alih ke mesin, sentiasa periksa
untuk melihat pemicu suis bergerak dengan betul
dan kembali ke posisi "OFF" apabila dilepaskan.
Untuk memulakan mesin, hanya tarik pemicu suis.
Kelajuan ditingkatkan dengan menambah tekanan pada
pemicu suis. Lepaskan pemicu suis untuk berhenti.
► Rajah12: 1. Pemicu suis
Anda boleh menggunakan mesin ini dalam mod
Galakan. Dalam mod Galakan, isi padu udara
menjadi lebih besar daripada dalam mod biasa. Untuk
menggunakan mesin dalam mod Galakan, tarik pemicu
suis sehingga pemicu suis terhenti dalam kedudukan
separuh jalan, dan kemudian tarik pemicu suis
sepenuhnya.
► Rajah13: 1. Pemicu suis
40 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents