Omron HEM-7156-A Instruction Manual page 68

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
• HANYA guna penyesuai AC, kaf lengan, bateri dan aksesori yang ditetapkan
untuk monitor ini sahaja. Penggunaan penyesuai AC, kaf lengan, dan
bateri yang tidak disokong boleh merosakkan dan/atau mungkin
berbahaya kepada monitor ini.
• HANYA guna kaf lengan yang diluluskan untuk monitor ini sahaja.
Penggunaan kaf lengan yang lain boleh mengakibatkan bacaan yang
tidak betul.
• Mengembangkan kepada tekanan yang lebih tinggi daripada yang perlu
boleh mengakibatkan lebam pada lengan di tempat kaf tersebut dipakai.
PERHATIAN: rujuk "Jika tekanan sistolik anda lebih daripada 210 mmHg"
dalam bahagian 10 manual arahan ini
lanjut.
Pengendalian dan Penggunaan Penyesuai AC
• Masukkan penyesuai AC sepenuhnya ke dalam salur keluar.
• Semasa mencabut penyesuai AC ini daripada salur keluar, pastikan anda
mencabut dari penyesuai AC ini. JANGAN tarik dari kabel penyesuai AC.
• Semasa mengendalikan kabel penyesuai AC ini:
Jangan merosakkannya. / Jangan memecahkannya. / Jangan mengubahnya.
JANGAN mencubitnya. / Jangan memaksanya bengkok atau menariknya. /
Jangan memulasnya.
JANGAN guna jika ia terkumpul dalam satu berkas.
JANGAN letakkan di bawah objek yang berat.
• Sapu apa-apa debu yang terdapat pada penyesuai AC ini.
• Cabut penyesuai AC ini semasa tidak menggunakannya.
• Cabut penyesuai AC ini sebelum membersihkan monitor ini.
Pengendalian dan Penggunaan Bateri
• JANGAN masukkan bateri dengan kutub yang tidak disejajarkan dengan
betul.
• HANYA guna 4 bateri alkali atau mangan "AA" sahaja dalam monitor ini.
JANGAN guna jenis bateri yang lain. JANGAN guna bateri baharu dan yang
terpakai secara serentak. JANGAN guna beberapa bateri berlainan jenama
secara serentak.
• Tanggalkan bateri jika monitor ini tidak digunakan untuk tempoh masa
yang panjang.
• Jika bendalir bateri terkena mata anda, serta-merta bilas dengan air bersih
yang banyak. Rujuk pada doktor anda dengan serta-merta.
• Jika bendalir bateri terkena kulit anda, serta-merta bilas dengan air
suam bersih yang banyak. Jika kerengsaan, kecederaan atau kesakitan
67
berlanjutan, rujuk pada doktor anda.
untuk mendapatkan maklumat
• JANGAN guna bateri selepas tarikh luput bateri tersebut.
• Periksa bateri secara berkala bagi memastikan ia dalam keadaan yang
berfungsi dengan baik.
2.3. Pengawasan Am
• Sewaktu anda mengambil ukuran pada lengan kanan, tiub udara
hendaklah pada sisi siku anda. Berhati-hati supaya tidak meletakkan
lengan anda di atas tiub udara ini.
• Tekanan darah mungkin berbeza-beza antara lengan kanan dan kiri,
dan boleh mengakibatkan nilai ukuran yang berbeza. Sentiasa guna
lengan yang sama untuk mengukur. Jika nilai antara kedua-dua lengan
mempunyai perbezaan yang besar, rujuk pada doktor anda tentang
lengan mana yang perlu digunakan untuk mengambil ukuran anda.
• Semasa menggunakan penyesuai AC opsyenal, pastikan anda tidak
meletakkan pemantau di tempat yang sukar untuk menyambung atau
menanggalkan palam penyesuai AC ini.
Pengendalian dan Penggunaan Bateri
• Pelupusan bateri yang telah digunakan hendaklah dikendalikan menurut
peraturan tempatan.
• Bateri yang dibekalkan mungkin mempunyai tempoh hayat yang lebih
singkat berbanding bateri baharu.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents