Arahan Keselamatan; Maklumat Keselamatan Penting - Omron HEM-7156-A Instruction Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
MS
1. Pengenalan
Terima kasih kerana membeli Monitor Tekanan Darah Automatik OMRON.
Monitor tekanan darah ini menggunakan kaedah mengukur tekanan darah
osilometrik. Ini bererti monitor ini mengesan pergerakan darah melalui arteri
brakium dan menukar pergerakan ini kepada bacaan digital

1.1 Arahan Keselamatan

Manual arahan ini memberi anda maklumat penting tentang Monitor
Tekanan Darah Automatik OMRON. Untuk memastikan bahawa pemantau
ini digunakan secara selamat dan betul, BACA dan FAHAMI kesemua arahan
keselamatan dan operasinya. Jika anda tidak faham arahan ini atau ada
apa-apa pertanyaan, hubungi wakil OMRON tempatan anda sebelum
cuba menggunakan monitor ini. Untuk mendapatkan maklumat khusus
tentang tekanan darah anda, sila rujuk pada doktor anda.
1.2 Tujuan Penggunaan
Peranti ini ialah monitor digital yang bertujuan untuk mengukur tekanan
darah dan kadar nadi dalam kalangan pesakit dewasa yang boleh
memahami manual arahan ini yang mempunyai julat ukur lilit lengan yang
tertera pada kaf lengan tersebut. Peranti ini mengesan sekiranya terdapat
degupan jantung yang tidak sekata semasa mengukur dan memberi isyarat
amaran yang disertakan bersama-sama keputusan ukuran. Peranti ini direka
terutamanya untuk kegunaan am di rumah.
1.3 Penerimaan dan Pemeriksaan
Keluarkan monitor ini daripada bungkusan dan periksa untuk melihat
sama ada terdapat kerosakan. Jika monitor ini rosak, JANGAN GUNA dan
rujuk pada wakil OMRON tempatan anda.

2. Maklumat Keselamatan Penting

Baca Maklumat Keselamatan Penting dalam manual arahan ini sebelum
menggunakan monitor ini. Ikuti manual arahan ini sepenuhnya demi
keselamatan anda.
Simpan untuk rujukan pada masa hadapan. Untuk mendapatkan maklumat
khusus mengenai tekanan darah anda sendiri, RUJUK PADA DOKTOR ANDA.
65
Menandakan situasi yang mungkin berbahaya,
2.1 Peringatan
yang dapat menyebabkan kematian atau cedera
serius apabila tidak dihindari.
• JANGAN guna monitor ini pada bayi, kanak-kanak kecil, kanak-kanak atau
individu yang tidak dapat melahirkan perasaan mereka.
• JANGAN melaraskan ubat berdasarkan bacaan daripada monitor tekanan
darah ini. Ambil ubat sebagaimana yang diarahkan oleh doktor anda.
HANYA doktor sahaja yang layak melakukan diagnosis dan merawat
tekanan darah tinggi.
• JANGAN guna monitor ini pada lengan yang tercedera atau lengan
yang digunakan untuk menjalani rawatan perubatan.
• JANGAN guna kaf lengan ini pada lengan anda semasa terdapat drip
intravenus atau yang sedang menjalani transfusi darah.
• JANGAN guna monitor ini di kawasan yang mengandungi peralatan
pembedahan frekuensi tinggi (HF), peralatan pengimejan resonans
magnetik (MRI), pengimbas tomografi berkomputer (CT). Ini boleh
mengakibatkan peranti ini beroperasi secara tidak betul dan/atau
mengakibatkan bacaan yang tidak tepat.
• JANGAN guna monitor ini dalam persekitaran yang kaya oksigen atau
hampir dengan gas mudah terbakar.
• Rujuk doktor anda sebelum menggunakan monitor ini jika anda
menghidap aritmia biasa seperti degupan pramatang atrium atau
ventrikular atau pemfibrilan atrium; sklerosis arteri; perfusi lemah;
diabetes; kehamilan; pra-eklampsia atau penyakit renal. HARAP MAKLUM
bahawa mana-mana masalah ini di samping pergerakan, geletar, atau gigil
pesakit boleh mempengaruhi bacaannya.
• JANGAN SEKALI-KALAI melakukan diagnosis atau merawat diri anda
sendiri berdasarkan bacaan anda. SENTIASA rujuk pada doktor anda.
• Untuk mengelak daripada tercekik, pastikan tiub udara dan kabel
penyesuai AC jauh daripada bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak.
• Produk ini mengandungi bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya
tercekik jika ditelan oleh bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak.
Pengendalian dan Penggunaan Penyesuai AC
• JANGAN guna penyesuai AC jika monitor ini atau kabel penyesuai AC
tersebut rosak. Jika monitor ini atau kabel berkenaan rosak, matikan kuasa
dan cabut palam penyesuai AC tersebut dengan serta-merta.
• Sambungkan palam penyesuai AC ke saluran keluar voltan yang sesuai.
JANGAN guna palam berbilang soket.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents