Maklumat Keselamatan - Philips RESPIRONICS Wisp Pediatric Nasal Mask Instructions For Use Manual

Table of Contents

Advertisement

本保固業已排除一切其他明示保固。此外,對於任何默示保固,包括適銷性或特定用途適切性之任何保
固,概不負責。某些轄區不允許默示保固之免責聲明,因此以上限制可能對您不適用。本保固賦予您特
定法律權利,視您所在轄區適用法律而定,您可能還擁有其他權利。
若要行使本有限保固提供的權利,聯絡當地授權 Respironics, Inc. 經銷商或 Respironics, Inc.,地址如
下:1001 Murry Ridge Lane, Murrysville, Pennsylvania 15668, USA。
Topeng Hidung Pediatrik Wisp
Arahan untuk penggunaan- m

1 Maklumat Keselamatan

Cadangan Penggunaan
Topeng ini bertujuan untuk digunakan sebagai antara muka bagi penggunaan pengudaraan tidak
invasif, termasuk CPAP dan terapi dwiperingkat kepada pesakit. Topeng ini adalah untuk kegunaan
seorang pesakit di rumah dan berbilang pesakit di persekitaran hospital/institusi. Topeng ini
hendaklah digunakan pada pesakit yang beratnya lebih daripada 10 kg (>10 kg) yang telah
dipreskripsikan terapi CPAP, terapi dwiperingkat atau pengalihudaraan tak invasif.
Perhatian: Topeng ini tidak diperbuat daripada lateks getah semula jadi DEHP atau BPA.
Kontrapenunjukan
Topeng ini tidak boleh digunakan pada pesakit yang memerlukan pengudaraan sokongan hidup.
Amaran
• Apabila menggunakan topeng ini, adalah menjadi tanggungjawab profesional penjagaan kesihatan
untuk memastikan penyediaan peranti yang betul mengikut keadaan pesakit, termasuk penggunaan
penggera yang betul.
• Pemantauan pesakit dan penggera yang sesuai boleh digunakan untuk pesakit yang tidak mampu
untuk keluarkan topeng sendiri untuk memastikan topeng dan tiub kekal di tempatnya semasa terapi.
• Penggunaan topeng hidung atau muka penuh memberi tekanan pada kepala dan boleh menjejaskan
corak pertumbuhan muka kranium. Penilaian profesional penjagaan kesihatan tetap disyorkan apabila
menggunakan topeng ini.
• Penggunaan topeng ini semasa sistem ini tidak dihidupkan dan beroperasi boleh menyebabkan
menyedut semula udara hembusan. Dalam sesetengah keadaan, menyedut semula udara yang
dihembuskan selama lebih daripada beberapa minit boleh menyebabkan sesak nafas.
• Hentikan penggunaan dan hubungi pakar penjagaan kesihatan anda jika mana-mana simptom berikut
berlaku: kemerah-merahan kulit, kerengsaan, ketidakselesaan, penglihatan kabur atau mata menjadi kering.
• Hentikan penggunaan dan berunding dengan pakar penjagaan kesihatan anda jika mana-mana
simptom berikut berlaku: ketidakselesaan dada yang luar biasa, sesak nafas, sakit kepala yang teruk,
sakit mata atau jangkitan mata.
• Hentikan penggunaan dan berunding dengan pakar penjagaan kesihatan anda jika mana-mana
simptom berikut berlaku: sakit gigi, gusi atau rahang. Penggunaan topeng boleh memburukkan lagi
sakit gigi yang sedang dialami.
• Bahan topeng perlu dijauhkan dari mata anda.
• Jangan ketatkan tali pelindung kepala secara keterlaluan. Perhatikan tanda-tanda ikatan yang terlalu
ketat, seperti kemerah-merahan berlebihan, sakit atau kulit membonjol di sekeliling hujung topeng.
Longgarkan tali pelindung kepala untuk mengurangkan simptom.
• Jangan sekat atau tutup rapat port penghembusan nafas.
140

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents