Download Print this page

Philips SmartPro Compact Manual page 34

Hide thumbs Also See for SmartPro Compact:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa Melayu
36
Jaminan dan sokongan
Kitar semula
Mengeluarkan bateri boleh cas semula
Jika anda memerlukan maklumat atau sokongan, sila lawati
www.philips.com/support atau baca risalah jaminan antarabangsa.
Pembersih vakum robot anda telah direka dan dibangunkan dengan teliti.
Dalam kes robot anda memerlukan pembaikan, Pusat Khidmat Pelanggan di
negara anda akan membantu anda dengan mengaturkan sebarang
pembaikan yang diperlukan dalam masa yang paling singkat yang boleh
dan dengan kemudahan maksimum. Jika tidak terdapat Pusat Penjagaan
Pelanggan di negara anda, pergi ke penjual Philips tempatan anda.
- Simbol ini bermakna bahawa produk ini tidak harus dibuang bersama
sampah rumah biasa (2012/19/EU).
- Simbol ini bermakna produk ini mengandungi bateri boleh cas semula
bina dalam yang tidak harus dibuang bersama sampah rumah biasa.
(2006/66/EC). Sila bawa produk anda ke pusat pungutan rasmi atau
pusat khidmat Philips supaya bateri boleh cas semula itu dikeluarkan
oleh seorang profesional.
- Ikuti peraturan negara anda bagi pemungutan produk elektrik dan
elektronik serta bateri kitar semula secara berasingan. Pembuangan
secara betul membantu mengelakkan akibat negatif bagi kesihatan
manusia dan persekitaran.
Amaran: Hanya keluarkan bateri boleh cas semula apabila anda
membuang perkakas tersebut. Pastikan bateri kosong
sepenuhnya apabila anda mengeluarkannya.
Untuk mengeluarkan bateri boleh cas semula, ikut arahan di bawah. Anda
juga boleh membawa robot ke pusat khidmat Philips untuk mengeluarkan
bateri boleh cas semula. Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Philips di
negara anda untuk alamat pusat khidmat berdekatan dengan anda.
1 Mulakan robot dari suatu tempat di dalam bilik dan bukan dari stesen
dok.
2 Biarkan robot itu berjalan sehingga bateri boleh cas semula kosong
untuk memastikan bateri boleh cas semula dinyah cas sepenuhnya
sebelum anda mengeluarkan dan membuangnya.

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Fc8778