Garis Panduan Bagi Penggunaan Yang Selamat Dan Cekap - LG KG220 User Manual

Hide thumbs Also See for KG220:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap

Baca garis panduan mudah ini. Melanggar peraturan mungkin
merbahaya atau salah di sisi undang-undang. Maklumat
terperinci lanjut diberikan di dalam buku panduan ini.-
PENDEDAHAN KEPADA TENAGA FREKUENSI
RADIO
Pendedahan kepada gelombang radio dan maklumat Kadar
Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate) (SAR)
Telefon bimbit model S5200 ini telah direka bentuk supaya
mematuhi keperluan keselamatan yang berkenaan bagi
pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah
berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin
keselamatan yang bertujuan memastikan keselamatan bagi
semua orang, tidak kira umur atau tahap kesihatan.
]
Garis panduan mengenai pendedahan kepada gelombang
radio ini menggunakan unit pengukuran yang disebut Kadar
Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate), atau SAR.
Ujian-ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang
dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras kuasa
diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
]
Walaupun mungkin terdapat perbezaan antara aras-aras SAR
bagi pelbagai model telefon LG, kesemuanya direka bentuk
supaya memenuhi garis panduan relevan bagi pendedahan
kepada gelombang radio.
]
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai
Perlindungan Sinaran Bukan-Ion (Commission on Non-
Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) antarabangsa, iaitu
2W/kg dipuratakan ke atas sepuluh (10) gram tisu.
]
Nilai SAR yang tertinggi bagi telefon model ini yang diuji oleh
DASY4 bagi penggunaan pada telinga ialah 0.917 W/kg (10g).
4
Penjagaan dan Penyenggaraan Produk
AMARAN!
Gunakan hanya bateri, pengecas dan aksesori
yang diluluskan untuk digunakan khususnya dengan telefon
modelini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh
mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang
berkaitan dengan telefon ini, dan mungkin merbahaya.
]
Jangan buka bahagian-bahagian unit ini. (Bawa ia ke
juruteknik khidmat yang berkelayakan apabila kerja
pembaikan perlu dilakukan.)
]
Jauhkan dari alat elektrik seperti TV, radio atau komputer
peribadi.
]
Unit ini harus diletakkan jauh dari sumber haba seperti
penyinar atau alat memasak.
]
Jangan letak telefon anda di dalam oven gelombang mikro
kerana bateri akan meletup.
]
Jangan jatuhkan.
]
Jangan biarkan unit ini terkena getaran atau kejutan
mekanikal.
]
Salut telefon boleh rosak jika dibalut dengan pembalut atau
pembalut vinil.
]
Gunakan kain kering untuk membersihkan bahagian luar unit.
(Jangan gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau
alkohol.)
]
Jangan biarkan unit ini terdedah kepada asap atau debu
yang berlebihan.
]
Jangan simpan telefon bersebelahan dengan kad kredit atau
tiket pengangkutan; ia boleh menjejas maklumat di dalam
jalur bermagnetnya.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents