Garis Panduan Bagi Penggunaan Yang Selamat Dan Cekap - LG KP135 User Manual

Hide thumbs Also See for KP135:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap

o
Baca garis panduan mudah ini. Melanggar peraturan mungkin merbahaya atau salah
di sisi undang-undang. Maklumat terperinci lanjut diberikan di dalam buku panduan
ini.
Amaran
Untuk keselamatan anda, gunakan HANYA bateri dan pengecas yang ditentukan
TULEN.
Matikan telefon di sebarang tempat di mana peraturan khas menghendakinya.
Misalnya, jangan gunakan telefon anda di hospital kerana ia boleh menjejas
peralatan perubatan yang peka.
Bateri harus dibuang menurut undang-undang yang berkaitan.
Penjagaan dan Penyenggaraan Produk
Amaran! Gunakan hanya bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk
digunakan khususnya dengan telefon model ini. Penggunaan sebarang jenis lain
boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan telefon
ini, dan mungkin merbahaya.
Jangan buka bahagian-bahagian unit ini. (Bawa ia ke juruteknik khidmat yang
berkelayakan apabila kerja pembaikan perlu dilakukan.)
Unit ini harus diletakkan jauh dari sumber haba seperti penyinar atau alat memasak.
Gunakan kain kering untuk membersihkan bahagian luar unit. (Jangan gunakan
sebarang pelarut.)
Jangan simpan telefon bersebelahan dengan kad kredit atau tiket pengangkutan; ia
boleh menjejas maklumat di dalam jalur bermagnetnya.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents