Garis Panduan Bagi Penggunaan Yang Selamat Dan Cekap - LG KG276 User Manual

Hide thumbs Also See for KG276:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
J Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
Baca garis panduan mudah ini. Melanggar peraturan mungkin merbahaya atau salah di sisi
undang-undang. Maklumat terperinci lanjut diberikan di dalam buku panduan ini.
Amaran
Untuk keselamatan anda, gunakan HANYA bateri dan pengecas yang ditentukan TULEN.
Matikan telefon di sebarang tempat di mana peraturan khas menghendakinya. Misalnya,
jangan gunakan telefon anda di hospital kerana ia boleh menjejas peralatan perubatan
yang peka.
Bateri harus dibuang menurut undang-undang yang berkaitan.
Penjagaan dan Penyenggaraan Produk
Amaran! Gunakan hanya bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk digunakan
khususnya dengan telefon model ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan
sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan telefon ini, dan mungkin merba-
haya.
Jangan buka bahagian-bahagian unit ini. (Bawa ia ke juruteknik khidmat yang berke-
layakan apabila kerja pembaikan perlu dilakukan.)
Unit ini harus diletakkan jauh dari sumber haba seperti penyinar atau alat memasak.
Gunakan kain kering untuk membersihkan bahagian luar unit. (Jangan gunakan sebarang
pelarut.)
Jangan simpan telefon bersebelahan dengan kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh
menjejas maklumat di dalam jalur bermagnetnya.
16

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents