Garis Panduan Untuk Penggunaan Selamat Dan Cekap - LG A190 User Manual

Hide thumbs Also See for A190:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 84
Garis panduan untuk penggunaan selamat
dan cekap
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Kegagalan untuk mematuhi
garis panduan ini mungkin berbahaya atau melanggar undang-undang.
Maklumat yang lebih terperinci diberi dalam manual ini.
AMARAN
• Telefon mudah alih hendaklah dimatikan pada setiap masa di dalam
pesawat terbang.
• Jangan pegang telefon semasa memandu.
• Jangan gunakan telefon berhampiran dengan stesen petrol, depot
bahan bakar, loji kimia atau operasi letupan.
• Demi keselamatan anda, gunakan HANYA bateri dan pengecas TULEN
yang dinyatakan.
• Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah semasa telefon
sedang dicas. Ia mungkin akan menyebabkan kejutan elektrik atau
kerosakan serius kepada telefon anda.
• Simpan telefon di tempat yang selamat dan jauh daripada jangkauan
kanak-kanak kecil. Ia termasuk bahagian kecil yang jika tertanggal,
boleh menyebabkan bahaya tercekik.
• Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
• Telefon hendaklah dicas di kawasan dengan pengudaraan yang baik.
AWAS
• Matikan telefon di mana-mana kawasan jika diarahkan oleh peraturan
khusus. Misalnya, jangan gunakan telefon di dalam hospital kerana ia
menjejaskan peralatan perubatan yang sensitif.
• Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia pada semua rangkaian
mudah alih. Oleh itu, anda hendaklah tidak bergantung semata-mata
pada telefon ini untuk panggilan kecemasan.
18

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents