Garis Panduan Untuk Penggunaan Selamat Dan Efisien - LG P725 User Manual

Hide thumbs Also See for P725:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien

Sila baca garis panduan yang mudah ini.
Tidak mengikut garis panduan ini mungkin
berbahaya atau menyalahi undang-undang.
Pendedahan kepada tenaga
frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang
radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Model telefon mudah alih LG-P725 ini telah
direka bentuk untuk mematuhi keperluan
keselamatan yang dikenakan terhadap
pendedahan kepada gelombang radio.
Keperluan ini adalah berasaskan kepada
garis panduan saintifik yang merangkumi
margin keselamatan yang direka bentuk
untuk memastikan keselamatan semua
orang, tanpa mengira umur dan tahap
kesihatan.
Garis panduan bagi pendedahan kepada
gelombang radio menggunakan unit
ukuran yang disebut sebagai Kadar
Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian
bagi SAR dijalankan menggunakan
kaedah yang dipiawaikan dengan telefon
memancarkan pada aras kuasa diperakui
yang tertinggi dalam semua jalur
frekuensi.
Walaupun terdapat perbezaan antara
tahap SAR pelbagai model telefon LG,
semuanya direka bentuk untuk memenuhi
garis panduan yang berkaitan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya
mengenai Perlindungan Sinaran Bukan
Pengion Antarabangsa (International
Commission on Non-Ionizing Radiation
Protection) (ICNIRP) ialah 2W/kg
dipuratakan ke atas 10g tisu.
Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon
model ini yang diuji oleh DASY4 untuk
penggunaan telinga ialah 0.692 W/kg
(10g) dan apabila dipakai pada badan
ialah 0.836 W/kg (10g).
Peranti ini memenuhi garis panduan
pendedahan RF apabila digunakan sama
ada dalam kedudukan penggunaan
normal pada telinga atau apabila
diletakkan pada sekurang-kurangnya
1.5 cm menjauhi badan. Apabila bekas
pembawa, klip tali pinggang atau
pemegang digunakan untuk pengendalian
pemakaian pada badan, ia tidak
sepatutnya mengandungi metal dan perlu
meletakkan produk sekurang-kurangnya
1.5 cm menjauhi badan anda. Untuk
memindahkan data fail dan mesej, peranti
ini memerlukan sambungan berkualiti
pada rangkaian. Dalam beberapa kes,
pemindahan fail data atau mesej mungkin
ditangguhkan sehingga sambungan
5

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents