Gps; Sambungan Pc Dengan Kabel Data Pc - LG P725 User Manual

Hide thumbs Also See for P725:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

NOTA:
Kaedah perkongsian untuk
sambungan rangkaian mungkin
berbeza-beza bergantung pada sistem
pengendalian PC.

GPS

Peranti anda dilengkapi penerima sistem
penentududukan global (GPS). Ketahui cara
untuk mengaktifkan perkhidmatan lokasi.
Untuk menerima isyarat GPS yang lebih
baik, elakkan daripada menggunakan peranti
anda dalam keadaan berikut:
Antara bangunan, dalam terowong
atau laluan bawah tanah, atau di dalam
bangunan, dalam cuaca buruk, di
sekeliling medan voltan tinggi atau medan
elektromagnetik.
Jangan sentuh kawasan antena dalaman
atau menutup kawasan ini dengan
tangan anda atau objek lain semasa
menggunakan fungsi GPS.
Ciri ini mungkin tidak tersedia bergantung
pada kawasan anda atau pembekal
khidmat.
Aktifkan perkhidmatan lokasi
Anda mesti mengaktifkan perkhidmatan
lokasi untuk menerima maklumat lokasi dan
mencari pada peta.
1
Dalam mod Melahu, buka senarai
aplikasi dan pilih Tetapan > Lokasi&
keselamatan.
2
Laraskan tetapan berikut untuk
mengaktifkan perkhidmatan lokasi:
Menggunakan rangkaian wayarles -
Tetapkan ini untuk menggunakan WLAN
dan/atau rangkaian mudah alih bagi
mencari lokasi anda.
Gunakan satelit GPS - Tetapkan ini
untuk menggunakan satelit GPS bagi
mencari lokasi anda.
Sambungan PC dengan kabel
data PC
Ketahui cara untuk menyambungkan
peranti anda ke PC dengan kabel data
PC dalam mod sambungan USB. Dengan
menyambungkan telefon anda ke PC, anda
boleh memindahkan data secara langsung
ke dan dari peranti anda dan menggunakan
program perisian PC (LG PC Suite).
Segerakkan telefon anda dengan
komputer anda
Untuk menyegerak telefon dengan PC
anda menggunakan kabel USB, anda perlu
memasang perisian PC (LG PC Suite) pada
PC anda terlebih dahulu. Muat turun atur
cara dari laman web LG (www.lg.com).
65

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents