Garis Panduan Untuk Penggunaan Selamat Dan Efi Sien - LG P990 User Manual

Hide thumbs Also See for P990:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 287
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efi sien
Sila baca garis panduan yang
mudah ini. Tidak mengikut garis
panduan ini mungkin adalah
merbahaya atau melanggar
undang-undang.
Pendedahan kepada
tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada
gelombang radio dan Kadar
Penyerapan Khusus (SAR). Telefon
mudah alih model LG-P990
ini telah direka bentuk untuk
mematuhi keperluan keselamatan
yang dikenakan bagi pendedahan
kepada gelombang radio.
Keperluan ini adalah berdasarkan
garis panduan saintifik yang
termasuk margin keselamatan
yang direka bentuk untuk
memastikan keselamatan semua
orang tanpa mengira umur dan
kesihatan.
Garis panduan bagi pendedahan
kepada gelombang radio
menggunakan unit ukuran
yang disebut sebagai Kadar
Penyerapan Khusus, atau SAR.
Ujian bagi SAR dijalankan
menggunakan kaedah yang
dipiawaikan dengan telefon
memancarkan pada aras kuasa
diperakui yang tertinggi dalam
semua jalur frekuensi.
Walaupun terdapat perbezaan
antara tahap SAR pelbagai
model telefon LG, semuanya
direka bentuk untuk memenuhi
garis panduan relevan bagi
pendedahan kepada gelombang
radio.
Had SAR yang disyorkan
oleh Suruhanjaya mengenai
Perlindungan Sinaran Bukan-Ion
(Commission on Non-Ionizing
Radiation Protection) (ICNIRP)
Antarabangsa, iaitu 2W/kg
dipuratakan ke atas sepuluh (10)
gram tisu.
5

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Lg-p990

Table of Contents