Garis Panduan Untuk Penggunaan Selamat Dan Efi Sien - LG KF510 User Manual

Hide thumbs Also See for KF510:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efi sien
Sila baca garis panduan yang mudah ini.
Tidak mengikut garis panduan ini mungkin
merbahaya atau tidak sah. Maklumat
terperinci lanjut diberi dalam manual ini.
AMARAN
Telefon Mudah alih mesti dimatikan pada
setiap ketika semasa berada di dalam
pesawat.
Jangan pegang telefon di dalam tangan
anda semasa memandu.
Jangan guna telefon anda berhampiran
stesen minyak, depot bahan bakar, loji
kimia atau operasi peletupan.
Untuk keselamatan anda, guna HANYA
bateri dan pengecas TULEN yang
ditetapkan.
Jangan kendalikan telefon anda dengan
tangan yang basah apabila ia sedang dicas.
Ia mungkin menyebabkan kejutan elektrik
atau kerosakan serius kepada telefon
anda.
Simpan telefon di tempat yang selamat
jauh dari capaian kanak-kanak kecil.
Ia termasuk bahagian-bahagian yang
kecil yang, jika tertanggal mungkin
menyebabkan bahaya tercekik.
60
LG KF510
| Panduan Pengguna
Jangan cas telefon semasa di atas perabot
yang lembut. Telefon harus dicas di
kawasan pengalihan udara yang baik.
AWAS
Matikan telefon di sebarang kawasan
apabila dikehendaki berbuat demikian
oleh pihak berkuasa. Sebagai contoh,
jangan guna telefon anda di hospital,
jika tidak ia akan menjejaskan peralatan
perubatan yang sensitif.
Panggilan kecemasan mungkin tidak
tersedia di bawah semua rangkaian mudah
alih. Oleh itu, anda tidak seharusnya
bergantung pada mana-mana telefon
untuk panggilan kecemasan.
Hanya guna aksesori TULEN untuk
mengelakkan kerosakan kepada telefon
anda.
Semua pemancar radio membawa risiko
gangguan dengan bahagian elektronik
yang berhampiran. Gangguan yang
sedikit boleh menjejas TV, radio, PC, dan
sebagainya.
Bateri hendaklah dilupuskan menurut
perundangan yang digunapakai.
Jangan buka telefon atau bateri.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents