Perhatikan bentuk dan lokasi sisipan apabila mensisipkannya ke
dalam cakera pembawa. Pegang cakera pembawa pada pemegang
berlekuk yang ditetapkan sahaja. Jangan meletakkan jari di dalam
tiub suapan. Hanya gunakan penolak apabila menambah lebih
banyak ramuan.
Ketika mengendalikan aksesori multifungsi, unit asas hanya boleh
dihidupkan sekiranya tudung telah dipasang dan diskru dengan
ketat. Jangan menyentuh bilah dengan tangan kosong. Bersihkannya
dengan berus.
A Penting!
Kendalikan pengadun tangan dengan aksesori asal sahaja. Jangan
memasang atau menanggalkan aksesori sehingga unit asas telah
berhenti sepenuhnya.
Jangan mensisipkan pemukul ke dalam unit asas tanpa alat tambah
gear. Jangan rendamkan alat tambah gear di dalam cecair dan
jangan membasuhnya di bawah air yang mengalir atau di dalam
mesin pembasuh pinggan mangkuk.
Jangan sesekali menggunakan pengadun tangan/tapak pengadun di
dalam pemotong universal.
Jag pengadun tidak sesuai untuk bagi penggunaan di dalam ketuhar
gelombang mikro. Mangkuk akesori multifungsi tidak sesuai untuk
ketuhar gelombang mikro.
Jangan sesekali merendam tudung aksesori multifungsi ke dalam
cecair dan jangan bersihkannya di dalam mesin pembasuh pinggan
mangkuk.
Cadangan: Jangan hidupkan peralatan lebih lama daripada masa
yang anda perlukan untuk memproses ramuan.
A Penjelasan tentang simbol pada peralatan atau aksesori
Peringatan! Alat berputar.
Jangan meletakkan jari di dalam tiub suapan.
Untuk keselamatan anda
ms
13