Bosch MSM?67190GB Instruction Manual page 12

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Untuk keselamatan anda
Sambung dan kendalikan peralatan hanya mengikut spesifikasi pada 
plat kadaran. Gunakan di dalam bangunan sahaja.
Jangan gunakan peralatan jika kord kuasa dan/atau peralatan telah 
rosak. Sentiasa cabut palam peralatan daripada bekalan, jika ia 
ditinggalkan tanpa dijaga dan sebelum memasang, menyahpasang 
atau membersihkannya.
Jangan letakkan kord kuasa pada pinggir yang tajam atau permukaan 
yang panas.
Untuk mengelakkan kecederaan, kord kuasa yang rosak mestilah 
digantikan oleh pengeluar atau perkhidmatan pelanggannya atau 
orang yang sama kelayakannya.
Hanya perkhidmatan pelanggan kami boleh membaiki peralatan.
Sebelum menukar aksesori atau bahagian tambahan, yang bergerak 
ketika pengendalian, matikan peralatan dan cabut palam daripada 
bekalan kuasa.
Arahan keselamatan untuk peralatan ini
A Risiko kecederaan
A Risiko kejutan elektrik
Jangan menggunakan pengadun tangan dengan tangan yang 
lembap dan jangan mengendalikannya tanpa beban.
Jangan merendam peralatan di dalam cecair melebihi titik 
sambungan tapak pengadun-unit asas. Jangan rendam unit asas 
dalam cecair dan jangan membasuhnya dalam mesin pembasuh 
pinggan mangkuk. Awas apabila memproses cecair panas. Cecair 
boleh terpercik semasa pemprosesan.
Jangan meletakkan tapak pengadun di atas permukaan yang 
panas atau menggunakannya untuk makanan yang sangat panas. 
Biarkan makanan panas menyejuk kepada sekurang-kurangnya 
80 °C sebelum diproses dengan pengadun! Sebelum menggunakan 
pengadun tangan dalam periuk, angkat periuk daripada plat panas.
A Risiko kecederaan daripada bilah tajam/pemacu berputar!
Sebelum menukar aksesori atau bahagian tambahan, yang bergerak 
ketika pengendalian, matikan peralatan dan cabut palam daripada 
bekalan kuasa.
Jangan menggenggam bilah pada tapak pengadun. Jangan 
membersihkan bilah dengan tangan kosong. Gunakan berus. Jangan 
menggenggam bilah pada bilah universal. Pegang bilah universal 
pada pinggir pemegang plastik sahaja.
Berhati-hati terutamanya ketika mengendalikan alat tambah!
12

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents