Philips HD9620 User Manual page 49

Hide thumbs Also See for HD9620:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
nota
Lampu pemanasan menyala. Semasa penggunaan, lampu
pemanasan akan menyala dari masa ke masa. Ini menunjukkan
yang perkakas menjadi panas sekali lagi kepada suhu yang
sesuai.
Pemasa mula mengira masa memasak yang ditetapkan.
Sesetengah ramuan perlu digoncang atau dikacau selepas
separuh masa memasak (lihat 'Jadual makanan'). Untuk
menggoncang ramuan, keluarkan kuali daripada perkakas dan
goncang dalam sinki. Kemudian luncurkan kuali kembali ke dalam
perkakas. Untuk mengurangkan berat, anda boleh mengeluarkan
bakul daripada kuali.
Berhati-hati supaya tidak tertekan butang pelepas bakul sewaktu
penggoncangan.
Petua
Jika anda menetapkan pemasa kepada separuh masa memasak,
apabila anda mendengar loceng pemasa, itu bermakna tiba
masanya untuk menggoncang atau mengacau ramuan. Pastikan
anda menetapkan semula pemasa kepada baki masa memasak.
8
Apabila anda mendengar loceng pemasa, masa memasak
yang ditetapkan telah tamat. Anda boleh mematikan
perkakas secara manual juga. Untuk berbuat demikian,
putarkan tombol kuasa hidup kepada 0 (melawan
arah jam); ini memerlukan daya yang lebih berbanding
memutarkan mengikut arah jam.
nota
Minyak berlebihan daripada ramuan terkumpul pada bahagian
bawah kuali.
Jika anda menyediakan beberapa ramuan berlemak (cth. paha
ayam, sosej atau hamburger), tuang minyak berlebihan atau
lemak daripada kuali dengan berhati-hati setiap kali selepas
menggoreng atau sebelum menggoncang atau menggantikan
bakul di dalam kuali.
9
Keluarkan kuali daripada perkakas dan letakkannya di
atas permukaan tahan panas.
10
Periksa sama ada ramuan telah sedia.
nota
Jika ramuan belum sedia lagi, hanya luncurkan kuali kembali ke
dalam perkakas dan tetapkan pemasa kepada beberapa minit
lagi.
Selepas menggoreng, kuali, bakul, aksesori, perumah dan ramuan
akan menjadi panas. Bergantung pada jenis ramuan di dalam
bakul, stim mungkin keluar daripada kuali.
Bahasa Melayu
49

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Hd9621Hd9622Hd9623Hd9627

Table of Contents