Philips GC4340 Directions For Use Manual page 20

Hide thumbs Also See for GC4340:
Table of Contents

Advertisement

BAHASA MELAYU
20
Fungsi pematian kuasa keselamatan elektronik
(GC4325/GC4320 sahaja)
C
◗ Fungsi pematian kuasa keselamatan elektronik mematikan kuasa
seterika secara automatik jika ia tidak digerakkan selama beberapa
waktu.
◗ Lampu pematian kuasa automatik merah mula berkelip-kelip untuk
menandakan seterika telah dimatikan oleh fungsi keselamatan
pematian kuasa.
Untuk membolehkan seterika memanas semula:
- Angkat seterika atau gerakkannya sedikit.
- Lampu pandu pematian kuasa automatik merah padam. Jika suhu plat
tapak jatuh di bawah suhu yang ditetapkan, lampu pandu suhu kuning
jingga menyala.
- Jika lampu pandu kuning jingga menyala selepas anda menggerakkan
seterika, tunggu sehingga ia padam sebelum mula menyeterika.
- Jika lampu pandu kuning jingga tidak menyala selepas anda
menggerakkan seterika, plat tapak masih berada pada suhu yang betul
dan seterika sedia untuk digunakan.
Lampu amaran dan fungsi pematian kuasa keselamatan
elektronik (GC4340 dan GC4330)
Seterika dilengkapi lampu amaran biru.
C
◗ Lampu amaran biru menyala selagi seterika masih tersambung
dengan punca kuasa.
◗ Lampu amaran biru mula berkelip untuk menunjukkan seterika
telah dimatikan kuasa oleh fungsi pematian kuasa keselamatan.
Untuk membolehkan seterika memanas semula:
- Angkat seterika atau gerakkannya sedikit.
- Lampu amaran biru berhenti berkelip. Jika suhu plat tapak jatuh di
bawah suhu yang ditetapkan, lampu pandu suhu kuning jingga
menyala.
- Jika lampu pandu kuning jingga menyala selepas anda menggerakkan
seterika, tunggu sehingga ia padam sebelum mula menyeterika.
- Jika lampu pandu kuning jingga tidak menyala selepas anda
menggerakkan seterika, plat tapak masih berada pada suhu yang betul
dan seterika sedia untuk digunakan.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Gc4330Gc4320Gc4310

Table of Contents