Philips FC 8138 User Manual page 39

Hide thumbs Also See for FC 8138:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Pembersihan dan penyelenggaraan
Keluarkan plag daripada soket dinding sebelum membersih atau menyenggarakan perkakas.
1
Matikan dan cabut plag perkakas sebelum anda menanggalkan dan membersihkan mana-mana
bahagian.
2
Bersihkan perkakas dan bahagiannya dengan kain lembap.
Jangan bersihkan mana-mana bahagian pembersih vakum di dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
Membersihkan penuras perlindungan motor.
Untuk mengekalkan prestasi optimum, bersihkan penuras perlindungan motor sekurang-kurangnya
sekali setahun.
1
Tarik penutup ke atas untuk membukanya (Gamb. 17).
2
Angkat pemegang beg habuk keluar daripada perkakas. (Gamb. 18)
Pastikan anda memegang beg habuk secara menegak apabila anda mengangkatnya keluar daripada
perkakas.
3
Tarik pemegang penuras dengan penuras perlindungan motor keluar daripada
perkakas. (Gamb. 19)
4
Keluarkan penuras perlindungan motor daripada pemegang. Goncang penuras perlindungan
motor di atas bakul sampah untuk membersihkannya.
5
Masukkan penuras ke dalam pemegang turas dan luncurkan pemegang turas kembali ke dalam
perkakas.
6
Kembalikan pemegang beg habuk ke dalam perkakas.
Membersihkan berus turbo mini (jenis tertentu sahaja)
Untuk membersihkan berus di dalam berus turbo mini, ikuti langkah-langkah di bawah.
1
Putarkan berus di dalam berus turbo mini hingga alur pemotongnya menghadap anda.
Gunakan gunting untuk memotong rambut, benang dsb yang telah terkumpul pada
berus. (Gamb. 20)
2
Keluarkan bulu-bulu, rambut dan kotoran lain dari berus.
Penyimpanan
1
Matikan peralatan dan cabut plagnya.
2
Tekan butang gulung semula kord untuk menggulung semula kord (Gamb. 21).
3
Tegakkan perkakas. Untuk memasang muncung pada perkakas, masukkan rabung pada
muncung ke dalam slot penyimpanan.
Nota: Untuk memastikan penyimpanan tiub teleskop yang stabil, laraskan tiub agar menjadi paling pendek.
BAHASA MELAYU
39

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Fc 8130

Table of Contents