Philips FC 8138 User Manual page 37

Hide thumbs Also See for FC 8138:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
-
Jauhkan perkakas dan kordnya dari capaian kanak-kanak.
-
Keluarkan plag daripada soket dinding sebelum membersih atau menyenggarakan perkakas.
-
Jangan menuding hos, tiub atau sebarang aksesori lain pada mata atau telinga ataupun
meletakkannya ke dalam mulut anda.
-
Jangan gunakan perkakas ini dan berus turbo mini pada haiwan peliharaan.
Awas
-
Jangan memvakum objek besar kerana ini akan menyebabkan laluan udara di dalam tiub atau hos
menjadi tersekat.
-
Apabila anda menggunakan pembersih vakum untuk memvakum debu, pasir halus, kapur, habuk
simen dan bahan yang serupa, liang beg habuk dan penuras perlindungan motor akan tersumbat.
Jika anda terasa penyusutan ketara pada kuasa sedutan, ganti beg habuk dan bersihkan penuras
perlindungan motor.
-
Anda hendaklah mencabut plag perkakas setiap kali sebelum anda mengganti beg habuk atau
membersihkan penuras dan memasang atau menanggalkan pemasangan aksesori.
-
Jangan sekali-kali menggunakan perkakas tanpa penuras perlindungan motor. Ini boleh
merosakkan motor dan memendekkan hayat perkakas.
-
Hanya gunakan beg habuk sintetik pakai buang atau beg habuk boleh guna semula Philips s-bag
Menggunakan beg habuk jenis atau jenama lain mungkin menyebabkan kerosakan pada
pembersih vakum.
-
Untuk menjamin pengekalan habuk serta prestasi pembersih vakum yang optimum, gunakan
jenis penuras Philips asli yang betul setiap kali anda menggantikan penuras.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan dengan pendedahan kepada
medan elektromagnet.
Bersedia untuk menggunakan
Hos
1
Untuk menyambungkan hos, tekan ia ke dalam perkakas ('klik') (Gamb. 2).
2
Untuk menanggalkan hos, tekan butang pelepas (1) dan tarik penyambung hos keluar daripada
bukaan sambungan hos (2). (Gamb. 3)
Tiub teleskop
1
Untuk menyambungkan tiub kepada gegenggam tangan pada hos, masukkan bahagian yang
sempit ke dalam bahagian yang lebih lebar sambil memusingkannya sedikit (Gamb. 4).
Untuk menanggalkan tiub, tarik sambil memusingkannya sedikit.
2
Laraskan tiub teleskop agar panjangnya selesa bagi anda semasa memvakum. Tekan gelangsar
pada tiub (1) dan tekan bahagian bawah tiub ke bawah atau tarik ke atas (2) (Gamb. 5).
Muncung gabungan
Anda boleh menggunakan muncung gabungan pada permaidani (dengan jalur berus dilipat ke dalam)
atau pada lantai keras (dengan jalur berus dilipat ke luar).
-
Untuk membersihkan lantai keras, tolak suis rocker pada bahagian atas muncung gabungan
menggunakan kaki anda agar jalur berus keluar daripada perumah muncung. (Gamb. 6)
-
Untuk membersihkan permaidani, tolak suis rocker pada sebelah yang satu lagi agar jalur berus
hilang ke dalam perumah. (Gamb. 7)
BAHASA MELAYU
37
.
®

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Fc 8130

Table of Contents