Philips HP3616 Instruction Manual page 27

Hide thumbs Also See for HP3616:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Penggunaan lain
Anda juga boleh menggunakan InfraPhil untuk tujuan-tujuan berikut:
-
Pengenduran otot
-
Persediaan untuk mengurut
Menggunakan InfraPhil
1
Tentukan jarak antara badan dan perkakas:
-
Apabila anda merawat kesakitan pada otot, jarak antara lampu dan bahagian yang hendak
dirawat mestilah lebih kurang 30sm. Pastikan bahawa kehangatan itu terasa selesa pada kulit
anda. Tambahkan jarak jika kehangatan menjadi terlalu kuat.
2
Pastikan kedudukan perkakas adalah betul.
-
Untuk merawat sakit belakang, tempatkan perkakas di atas meja pada jarak lebih kurang 30sm
(Gamb. 7).
-
Untuk merawat lutut yang sakit, letakkan perkakas di atas meja yang rendah. Duduk di atas kerusi
bersebelahan meja tersebut pada jarak lebih kurang 30sm (Gamb. 8).
3
Untuk menghidupkan perkakas, putar tutup belakang perumah lampu kepada 'I' (Gamb. 9).
4
Tujukan sinaran cahaya inframerah kepada bahagian badan yang hendak dirawat (Gamb. 10).
5
Matikan perkakas selepas digunakan.
Jangan pandang ke arah cahaya lampu apabila ia dihidupkan. Pejamkan mata anda.
Jangka rawatan
Tempoh masa rawatan bergantung kepada jenis rawatan dan orang yang dirawat. Rawatan terhadap
satu otot atau sendi sepatutnya berlangsung selama lebih kurang 15 minit. Jika perlu, rawatan boleh
diulangi beberapa kali sehari. Tempoh rawatan yang lebih lama daripada 15 minit tidak akan memberi
hasil yang lebih baik. Anda boleh mengulangi rutin beberapa rawatan sehari pada beberapa hari yang
berturutan untuk mendapat hasil. Jika tidak terdapat sebarang kemajuan selepas 6-8 rawatan,
hentikan penggunaan perkakas dan rujuk doktor anda. Bagi masalah yang kronik, perkakas boleh
digunakan untuk tempoh yang lebih panjang, asalkan anda mengikuti arahan yang terdapat
pada bahagian 'Amaran' dalam bab 'Penting'.
Pembersihan
Cabut plag perkakas dan biarkan lampu menyejuk selama lebih kurang 15 minit sebelum
membersihkan perkakas.
Jangan benarkan air memasuki perkakas atau tumpahkan air ke atas perkakas.
1
Bersihkan perkakas dengan kain yang dilembapkan dengan sedikit air suling atau alkohol.
Penyimpanan
1
Biarkan perkakas menyejuk selama lebih kurang 15 minit sebelum menyimpannya.
2
Lilitkan kord sesalur melingkari kemudahan penyimpanan kord (Gamb. 11).
BAHASA MELAYU
27

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents